Rindu tak dengan #SuperDaddyChallenge? Lama menghilang, kan? Dah tak meriah pagi Sabtu kita dengan gambar-gambar dan pantun mencuit hati.
Malangnya, saya terpaksa hentikan challenge tersebut atas beberapa isu.
Untuk makluman koranglah kan, saya tidak mengambil satu sen pun keuntungan dari cabaran yang saya anjurkan setiap hari Sabtu sebelum ini.
Niat saya hanya untuk bagi meriah dan penaja dapat promote produk dan korang dapat join, dapat hadiah, dapat ilmu dan pelbagai manfaat lain. Saya jadi medium atau orang tengah sahaja.
Semua penaja bersetuju untuk taja hadiah dan akan hantar terus hadiah kepada pemenang. Bukan hantar pada saya dulu, saya ambil sebahagian dan selebihnya bagi pada korang. Tidak sama sekali.
Begitulah.
Apa saya dapat?
Tiada. Cuma wall saya yang meriah. Ada satu dua penaja yang bermurah hati menghantar hadiah juga kepada saya. Itu sahaja. Selebihnya saya gembira melihat korang seronok sahut cabaran yang diberikan.
Tapi bila ramai mengadu yang mereka tak terima hadiah daripada penaja seperti yang dijanjikan, saya pula jadi tak seronok. Saya pula yang pening kepala memikirkan macamana nak selesaikan.
So saya fikir, it’s not worth untuk saya pening kepala tanpa keuntungan. Kalau setiap kali challenge penaja bayar saya maka berbaloi jugaklah pening kepala, kan?
So dengan sebab itu saya hentikan program setiap pagi Sabtu tersebut walaupun banyak senarai penajaan yang masih ada berbaki sehingga ke bulan Mac nanti.
Jadi, saya mohon maaf kepada semua. Saya juga mohon maaf kepada pemenang yang masih belum menerima hadiah mereka.
Mohon hubungi kembali penaja untuk bertanyakan hadiah anda. Mungkin penaja terlupa, mungkin diorang sibuk, mungkin diorang terhilang alamat, mungkin ada masalah dan pelbagai kemungkinan lain.
Jadi, hubungilah mereka kembali.
Kepada penaja, jika ada masalah, maklumkanlah kepada pemenang, inshaAllah mereka semua akan faham. Usah senyap begitu sahaja.
Kepada penaja lain, saya juga mohon maaf kerana tak dapat meneruskan slot penajaan kepada anda semua walaupun kita dah pernah setuju sebelum ini.
Mungkin saya akan teruskan kembali #SuperDaddyChallenge ini dengan format baru dan konsep penajaan yang baru untuk menghindarkan perkara sebegini berlaku lagi.
Sekali lagi, maafkan saya.
Khairul Abdullah
#SuperDaddyChallenge







Leave A Reply