Nah, ada 6 tumbler istimewa untuk peminat filem Star Wars semua. Kalau hang tak minat pun takpa, boleh beli bagi hadiah kat orang yang minat. Mesti depa sayang gila kat hang.

Ini tumbler edisi khas untuk filem terbaru Rise of Skywalker tau. Korang pilihlah nak light side ke, dark side atau semua sekali. Aku macam biasa, tapau semualah kan.
Barang baik ni, boleh isi Kopi Cap Gantang atau Kopi 434 kegemaran korang. Nak isi air panas untuk buat susu anak pun cun jugak. Aku tak guna pun, buat koleksi jer. Sayang oih.
Takde jual kat kedai Eco okay, hanya ada di Petronas sahaja.

Cara nak beli dia gini, mula-mula sekali masuk Petronas, kemudian pilih barang bernilai RM10, lepas tu waktu kat kaunter tu kau cakap dengan akak cashier nak beli tumbler Star Wars. Pilih dan bayar. Siap.
Dah, boleh keluar dengan senyuman.
Macam akulah, melangkah keluar dari Petronas dengan senyuman sambil makan aiskrim dan kepit tumbler.
Style betul.
Kau pun ada guna Kad Mesra, kan?
Boleh redeem oihh, free tak payah beli. Aku pun sama, 3 tumbler light side tu aku redeem jer dari Setel guna Mesra point aku.
Setel!
Benda limited edition macam ni kalau jual balik nanti harga dia naik 2-3 kali ganda tau. Jadi elok kau beli sekarang, simpan dalam peti. Nanti lepas 10 tahun kau jual balik kat Mudah dan jadi kaya.
Bijak tak?
Buat semua peminat Star Wars sekelian, jangan tunggu lama-lama. Esok takut kau pergi dah habis pulak.
“May the tumbler be with you!”
Sekian.
#StarWarsTheRiseOfSkywalker #Setel
#StarWarsMy #ChooseTheMesraSide #JoinTheMesraSide
#Petronas #SuperDaddy







Leave A Reply