
Sebuah Teater Muzikal & Konsert yang aku pegi tengok semalam di Panggung Sari, Istana Budaya. Semalam adalah malam preview untuk media dan sponsors dan pementasan akan bermula pada malam ini sehingga Ahad.
My verdict – Suara Jamal memang tiada tandingan, meremang bulu roma dengar dia nyanyi. Pementasan dibahagikan kepada 2 segmen iaitu Teater Muzikal dan Konsert. Bahagian pertama menceritakan kisah Jamal sejak dilahirkan sehingga beliau memenangi Bintang RTM 1979.
Bagi aku, percubaan untuk segmen Teater Muzikal menghampakan..plot tidak kemas, tiada kesinambungan penceritaan dan pelbagai kelemahan lain, kecuali nyanyian Jamal. Selepas interval selama 15 minit, penonton disajikan dengan Konsert yang amat best. Sound system Istana Budaya..world class..tip top. Puas hati dengar Jamal nyanyi. Tapi aku sedikit kecewa sebab Jamal tak nyanyi lagu Azuraaaaaaaaaa! Apa pun, peminat Jamal…berduyun2 lah ke Istana Budaya.







Leave A Reply