• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Jangan Sesekali Baca Komen!

10/01/2020

Sehari dua ni kemain viral tulisan aku tu.

Semua page viral dah kutip dan up post tu.  Kawan-kawan aku pun dah naik menyampah, buka FB muka aku, buka IG muka aku.

PM pun bertalu-talu masuk.  Yang mendoakan, yang minta nasihat, yang bagi link, yang minta izin nak copypaste, yang kecam, yang ajak kawin semua ada.

Aku cool jer, maklumlah seasoned writer.  Dah biasa viral-viral ni.

Kau bila viral ni, satu benda jer yang tak cool iaitu kecaman orang.

Kau tulislah baik atau buruk ke, susah atau senang ke, sedap atau tidak ke, kau share resepi pun kena kecam apatah lagi bila cerita hal peribadi kau.

So bagi orang yang kerap viral macam aku, ni aku nak bagi petua untuk kau yang rasa seronok nak viral tu.  Eh bukan petua, tapi pantang.

Pantang paling besar bila kau viral adalah jangan sesekali kau pergi baca komen orang pasal tulisan kau di page-page viral tu.

Jangan dik, jangan.  Nehi kabhi nehi, kata omputih.

Itu sahaja.

Kalau tulisan kau keluar kat Majalah Keluarga, Pa&Ma, Mingguan Wanita tu boleh tahan sikit lah, tak hardcore sangat.

Tapi bila dia main level Oh Bulan, Oh Mymedia, Mstar dan paling hardcore iaitu Siakap Keli terutamanya, jangan kau gatal-gatal pergi baca komen orang kat situ.

Kalau kau baca juga maka kau akan murung 7 hari 7 malam.

Kalau kau tak percaya kau cubalah.

Sekian petua dari aku.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Share

Blog  / Experience  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved