Tiba-tiba ada beribu follower baru.
Selamat datang semua. Jom nak kenalkan diri sikit.
Nama sebenar ialah Chris Pratt, namun orang panggil Khairul jer. Nama manja tu. Berusia 35 tahun sekitar sepuluh tahun yang lalu. Seorang bapa tunggal dengan 3 orang anak kecil.
Isteri meninggal dunia pada tahun 2018 akibat jangkitan kuman yang menyebabkan seluruh organnya gagal berfungsi. Ketika itu usia anak-anak adalah 7 bulan, 2 tahun dan 4 tahun. Kesian diorang, kecik-kecik dah takde mak.
Anak-anak semuanya dibesarkan sendiri. Sesekali nenek dan makngah diorang datang bantu. Takde maid okeh, semuanya dibuat sendiri dengan superpower yang ada. Gelaran SuperDaddy tu diri sendiri yang bagi.
Alhamdulillah berjaya, walaupun struggle gila besarkan anak seorang diri ni. Ada baby pulak tu. Namun diorang semua sihat dan belum pernah lagi ada yang tercekik tulang ayam atau ikan. Makan pakai diorang semua cukup dan terjaga. Semua kachak macam daddy dia dan semuanya lengkap kena vaksin.
Merupakan seorang penulis buku dan ada 6 buah buku berkisar tentang travel, social critic dan juga family. Bukunya semua pernah duduk carta bestseller. Pernah juga menang Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian. Emmm, tak riak kan?
Menulis juga di FB, di IG, menulis juga untuk syarikat-syarikat, menulis iklan pun ia juga. Maklumlah, nak cari makan. Sering juga juga dijemput berceramah di sekolah-sekolah, universiti dan juga agensi kerajaan. Kerap juga masuk tv dan radio.
Juga merupakan seorang pelajar Pengajian Media di UiTM Shah Alam. Baru habis exam tengah hari tadi.
Paling tak boleh blah, dia adalah seorang Perunding Takaful yang digemari ramai.
Ohhh, lupa satu benda.
Dia pandai masak okeh.
Sekian







Leave A Reply