• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Apa Yang Suami Nak Dari Seorang Isteri?

24/01/2020

Ada orang pm dan tanya aku, jadi aku jawab kat sinilah. Aku bagi point basic jer yer.

1. Dihormati

Suami mahukan seorang isteri yang hormat dia.  Walaupun isteri kerja besar, gaji lebih, boss di office namun suami hanya mahu dihormati sebagai ketua keluarga.  Jangan tinggikan suara, jangan tukar panggilan bila bergaduh.

Time sayang, “Honey, baby, ayang, abang bagai”.  Time marah ya Rabbi, terus panggil nama, terus kau aku.  Gaduh-gaduhlah, hormat kena ada.

Yang boss besar tu sila tinggalkan pangkat di pejabat, jadi seorang isteri di rumah.  Jadi isteri bukan hamba, okeh.

2. Diyakini

Suami mahu isteri yakin yang suami boleh “provide” untuk keluarga dia.  Sokong dan jangan perkecilkan dia.

“Ayang yakin abang boleh buat, InshaAllah ayang sokong.” Itu ayat yang suami nak dengar.

Sentiasa bagi semangat, bukan kondem.  Korang boleh kondem dan baling lesung batu bila dia mintak nak kahwin lain walhal duit belanja setahun sekali pun jarang bagi.

3. Difahami

Suami ni sebagai lelaki, dia jenis straight, logik, objektif serta problem solver.  Isteri pula jenis subjektif dan emosional.  Sebab tu saling melengkapi.

Jadi kalau lelaki kadang-kadang macam malas nak dengar korang berleter, tanya sepatah jawab sepatah tu sebab tulah.

Dia nak dengar dan settle benda penting jer.  Yang remeh dia tak berapa ambik port sangat.  Jadi kena faham, jangan ambik hati sangat.

4. Dihargai

Selalulah puji suami. Bila dia berjaya selesaikan sesuatu berikan pujian.

“Allahu, pandainya abang buat susu baby, suam elok.”

“Berkilatnya abang cuci pinggan dan gelas tu, pakai Axion ke?”

“Terima kasih bang kerja penat-penat nak sara sayang dan anak-anak.”

Peluk cium dia dan kata yang korang kagum dan bangga dengan dia.

5. Diberi ruang

Kadang-kadang suami nak “quiet moment”.  Kalau dia baru sampai rumah janganlah terus ajak membawang.

Korang kalau nampak dia acuh tak acuh jawab soalan atau malas nak layan tu korang bagi chance la sekejap.  Lepas hilang penat dia oklah tu.

Tapi kalau 3 hari 3 malam dia tak berapa nak cakap tu ada something wrong somewhere.  Go figure!

6. Dipercayai

Ini paling penting.  Suami cukup marah kalau wife tuduh dia benda yang dia tak buat.  Silap-silap esok dia pi buat betul-betul, biaq puaih hati.

Dalam perkahwinan, benda ni paling penting untuk suami dan isteri.  Saling mempercayai.  Tapi kalau semua benda asyik dok rasa tak kena, rasa suspicious jer selalu maka mesti ada something wrong.  Go figure lagi sekali.

Begitulah.

Ini aku lah, suami lain aku tak tahu.  Tapi aku rasa majoritinya begitulah. Spesis lelaki ni sama jer dia punya biologi dan fisiologi dia.

Cuma kadang-kadang ada yang rare.

Sekian.

Khairul Abdullah
#SuperDaddy

Share

Blog  / Knowledge  / Peoples  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved