• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

My Pillars, My Strength, My Legacy

28/01/2020

Tadi nak tidur, anak bongsu aku datang rapat dan bersuara.

“Gudnite diddy, I laf you”, sambil muncungkan mulut dengan mata terpejam minta dicium.

Allahu, kembang dada aku, bergenang air mata aku.

First time dengar dia sebut gitu.  Terus aku peluk dan gomol dia puas-puas.  Hilang penat seluruhnya, hilang stress yang membungkam di jiwa.

Benda ginilah yang buat aku kuat.

Benda gini buat aku buang jauh-jauh segala penat, segala tekanan, segala amarah.  Bukan senang nak besarkan 3 orang anak kecil ini.  Demi Allah, kalau tak cekal dah lama aku lepas tangan, berikan sahaja pada nenek mereka.

Namun, tengok diorang membesar dari keluar dari rahim ibunya sehinggalah besar begini adalah satu anugerah yang tak ternilai.  Tak semua orang dapat pengalaman membesarkan anak kecil sendirian.

Apatah lagi bagi seorang lelaki seperti aku.

Waktu anak bongsu aku ni 7 bulan, mak dia pergi selamanya.  Aku masih boleh bayang muka dia waktu tu, terpinga-pinga tak tahu apa-apa.

Aku ingat jelas dia senyum gembira melambai melihat jenazah ibunya dikeluarkan dari van ketika hendak disembahyangkan.  Entah apa yang dilihatnya aku pun tak tahu. Mungkin ibunya melambai mengucapkan selamat tinggal.

Mak aku cakap nak ambil baby dan tinggalkan abang-abang dia pada aku.  Oh no, tidak sama sekali aku nak pisahkan 3 beradik ini.  Biar aku sendiri jaga kesemuanya.

Kecoh orang di kampung bila mak aku pulang tanpa membawa bayi kecil itu.  Bagaimanalah seorang lelaki macam aku nak jaga bayi sekecil itu dan ada 2 anak kecil yang lain lagi.  Mana mungkin kata mereka.

Alhamdulillah, aku boleh.

Anak kecil itu membesar dengan cepat, menumpang kasih dan belaian ibu dari neneknya, makcik-makciknya dan guru-guru di taskanya.

Dia paling cepat dalam segalanya.  Paling cepat berjalan, paling cepat bercakap, paling cepat berdikari.  Semua ciri dan sifat ibunya ada padanya.  Dari raut wajah sehinggalah perangai, kegemaran dan kebolehannya.

Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Diambilnya seorang isteri dan ditinggalkan kepada aku 3 orang anak ini untuk aku belajar dan memenuhi tanggungjawab serentak sebagai seorang ayah dan juga ibu.

Merekalah yang menghingarkan hari-hari sunyi aku.

Merekalah yang memberi kekuatan kepada aku.

Merekalah yang akan menyambung legasi aku.

Semoga mereka dapat menemani aku sehingga ke akhirnya.

Khairul Abdullah
#SuperDaddy

Share

Blog  / Experience  / Nostalgia  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved