Bagi orang yang pernah duduk negara 4 musim, cuaca hari ni mengimbau betul.
Ginilah rupa November Rain.
Langit kelabu sepanjang hari dengan gerimis tanpa henti sesekali diselang dengan hujan, haishh macam nak masuk winter aihh.
Cumanya bila dah masuk winter, kena hadap langit kelabu dan gerimis yang berselang seli dengan salji tu 2-3 bulan. Ada kala hilang kelabu, langit pun biru tapi sejuk kemain.
Sesekali syoklah tapi kalau dah berbulan cuaca cam gini, suram habis semuanya. Langit kelabu, kita pun ikut kelabu jugak.
Mood pun jadi suram baqhang. Takde semangat nak gi kerja, takde semangat nak keluar rumah. Asyik berbungkus dan makan, makan dan makan lagi.
Kadar kematian akibat bunuh diri naik mendadak.
Dulu kalau nak gi kerja tiba-tiba tren terlewat maka tahulah kami bahawasanya ada orang terjun depan tren. Biasanya geng homeless ni lah. Tak tahan sejuk bhai, stress punya pasal dia lompat depan tren.
Musim sejuk kena stock makanan banyak-banyak kat rumah. Kalau stock habis, malas gila nak keluar. Maklumlah nak kena sarung baju seluar berlapis-lapis, dengan boot dan glove bagai. Padahal nak gi beli gula dan garam jer pun.
Memandangkan winter adalah musim yang berat badan naik mendadak, maka semua gym sentiasa penuh. Aku pilih untuk mengemukkan badan berbanding pergi gym. Apa barang nak berlari atas treadmill tu.
Ohh, siang pendek baqhang.
Pukul 4.30 tu dah gelap gelita dah.
Biasanya 4.15 dah Maghrib.
Keluar office pukul 5 tu dah gelap gelita. Menonong terus ke tren station dan bergegas balik ke rumah. Dah tak ingin lagi ke mana-mana dah.
Dah, nak buat apa kat rumah?
Makan, tengok tv, makan, tengok tv dan makan lagi.
Begitulah.
Yang nak tambah anak, ini musim yang sesuai.
Sekian.
#DiariSuperDaddy
5 winter di Frankfurt.
Leave A Reply