Adik saya baru selesai mengharungi hampir 12 jam pembedahan bermula jam 11.30 malam semalam.
Kejadian malam semalam mengejutkan kami sekeluarga. Kesian mak yang bersengkang mata dan kesedihan melihat keadaan anak bongsunya.
Adik saya tidak sempat mengelak dan terlanggar kereta yang berhenti di lorong kecemasan, di tempat yang sangat gelap tanpa menghidupkan lampu kecemasan.
Pemandu yang bukan orang awam itu tidak keluar dari kenderaan ketika memberhentikan keretanya. Katanya kereta tersebut kehabisan minyak.
Adik saya yang hanya nampak bila dah dekat cuba mengelak namun gagal. Bahagian kiri motor dan kaki beliau sangkut di bahagian belakang kereta dan dia terpelanting di tengah lebuhraya.
Menurut saksi, pemandu tersebut bergegas keluar dan menarik adik saya ke tepi sebelum motor beliau remuk dilanggar kenderaan lain.
Sebuah treler juga sempat membrek dan melintangi lebuhraya dan menghalang kenderaan lain dari terus merempuh tempat kejadian.
Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa.
Bahagian kiri adik saya terutama kakinya parah dan terpaksa menjalani pembedahan yang sangat lama.
Tahun ini akan menjadi tahun yang sangat panjang buat ibu dan adik lelaki saya yang baru berusia 19 tahun itu.
Terima kasih semua yang mendoakan.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian.







Leave A Reply