| Jentera Bomba |
Semalam saya dikejutkan oleh bunyi bising kenderaan berat berhampiran pangsapuri saya jam 3.30 pagi. Ketika cuba memeriksa dari mana datangnya bunyi tersebut, saya dapati sebuah jentera bomba sedang berhenti dan anggota bomba berjalan menuju ke blok saya.
Apa yang terjadi?
Saya hanya memikirkan 3 senario yang biasa terjadi apabila bomba datang ke kawasan kediaman.
Pertama, ada kebakaran berlaku. Setelah diamati..mungkin tidak, kerana tiada bunyi keriuhan orang ramai dan siren bomba tidak dibunyikan.
Kedua, ada haiwan liar seperti ular atau musang yang masuk ke dalam rumah seseorang. Hmmm..mungkin tidak, kerana tugas tersebut kini telah diambilalih oleh JPAM (Jabatan Pertahanan Awam)
Ketiga, ini “favourite” saya. Pasti ada sesiapa yang tidak dapat masuk atau keluar dari rumah akibat terkunci dari luar ataupun dalam. Saya rasa andaian yang ketiga adalah yang paling tepat kerana saya perhatikan anggota bomba mengeluarkan peralatan untuk memotong. Saya pasti itu adalah untuk memotong kunci atau grill.
Saya ada 2 pengalaman untuk dikongsikan tentang Bomba.
Kejadian Pertama.
Kejadian pada bulan puasa tahun 2008. Ketika bersiap sedia untuk berbuka puasa bersama isteri dan adik-adik saya dirumah, kedengaran bunyi riuh seperti ada kekecohan di kawasan meletak kereta. Kami menjenguk keluar dan terdapat sebuah jentera bomba dan beberapa buah kenderaan polis diletakkan disitu.
Perasaan ingin tahu yang kuat menyebabkan saya dan adik turun untuk menyiasat apa yang berlaku. Apa yang dapat dilihat ialah orang ramai menutup hidung dan kelihatan polis mengusung “body bag” ke dalam trak polis. Mengikut cerita, bomba dipanggil untuk memecahkan pintu sebuah untit pangsapuri apabila jiran sudah tidak tahan dengan bau busuk selama hampir 4 hari. Rupanya, ada seorang lelaki bujang berusia sekitar 40an telah meninggal dengan keadaan mayat yang hampir reput.
Khabarnya, anak saudara lelaki tersebut telah datang untuk mencari beliau setelah panggilan telefon tidak berjawab selama beberapa hari. Apabila sampai dirumah tersebut, dia terhidu bau busuk yang kuat lalu diketuk pintu berulang kali namun tiada jawapan. Beliau pergi ke arah belakang untuk menjenguk melalui tingkap dan celahan langsir dan alangkah terkejutnya beliau melihat mayat yang hampir reput bersebelahan katil di bilik tidur pakciknay itu. Beliau menjerit meminta tolong dan orang ramai pun menelefon polis untuk memaklumkan kejadian.
Kejadian Kedua
Berlaku pada hari Ahad tahun 2009. Kalau tak silap saya jam 8.30 pagi ketika saya sedang menyiapkan sarapan. Terdengar jiran sebelah rumah mengetuk pintu (pintu rumah beliau) sambil memanggil-manggil nama rakan serumahnya. Namun ketukan terus berlaku dan semakin kuat hampir sejam kemudian. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena lalu keluar untuk melihat.
“Kenapa Jal?” tanya saya. “Aku tak boleh masuk rumah la, kunci tak bawak” katanya. “Ko keluar tadi macamana” soal saya lagi. “Aku keluar tadi pintu memang tak berkunci. Kawan aku ada kat dalam. Aku pegi ke kereta jap untuk ambik barang, bila dah naik tengok pintu berkunci. Dah la aku tak bawak handphone. Puas dah ketuk puas dah jerit tapi member aku tak bukak pintu” ceritanya panjang lebar.
Kami risau takut-takut member tu pengsan ke, kena strok ke terus meninggal ke dan macam macam lagi. “Tak boleh jadi ni, kita mesti kena bukak pintu ni atau mintak tolong orang ni” kata saya
Saya pun cuba membantu dengan mengetuk pintu, cuba membuka dengan menggunakan kad plastik dan pelbagai cara ala “MacGyver” tapi tak berjaya. Memandangkan kami tinggal di tingkat 3, saya cadangkan agar kami panjat melalui balkoni luar dan masuk ke dalam rumah. Dia bersetuju lalu kami pun turun ke tingkat bawah dan cuba melihat tempat yang cuba dipanjat.
“Eh Rul, ko panjat la..aku tak berani” katanya. Saya pun menganggukkan kepala tanda setuju. Dulu saya “champion” panjat memanjat pokok maupun bangunan sebegini. Teringat ketika di sekolah menengah dulu di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanahair (sekarang sekolah berprestasi tinggi), saya boleh panjat dari bawah ke tingkat 4 hanya melalui batang paip air dan kumbahan di bahagian belakang bangunan. Kenapa saya panjat? Sebab asrama di tingkat 4 dan saya selalu “lompat pagar” untuk ke bandar Kangar membeli stok rokok.
Jadi saya pun memulakan langkah pertama untuk memanjat dan baru saja separuh tingkat bawah (belum naik tingkat satu) tangan dah menggeletar. Ehhh…tak boleh jadi ni. ” Jal, aku tak boleh dah la panjat ni…aku dah tua” kata saya ketakutan. Jadi, plan untuk memanjat dibatalkan serta merta.
“Jal, kalau ada tangga ni, yang panjang sikit terus naik ke tingkat kita, berani ler aku” ujar saya. “Mana nak cari tangga?” balas Rizal. “Apa kata kita pegi pinjam kat abang bomba?” jawab saya dengan konfidennya. Rizal berfikir agak lama sebelum bersetuju dengan cadangan tersebut.
Memandangkan pangsapuri kami hanya 500meter dari balai bomba, kami pun ke sana dan menyatakan hasrat untuk meminjam tangga dari abang bomba dan menceritakan tujuan kami. Abang bomba tak boleh bagi pinjam, tapi dia akan membantu dan disuruhnya kami balik dan dia akan datang sekejap lagi.
Seperti dijanjikan, abang bomba tersebut datang dengan sebuah jentera bomba macam datang nak padam kebakaran. “Aduhhhh…apasal sampai satu balai yang datang ni” kata Rizal kepada saya. “Entahlah..mungkin itu prosedurnya” ujar saya.
Abang bomba pun mengeluarkan alat memecah pintu dan meminta kami menunjukkan unit mana untuk dibuka. ” Eh bang, takkan nak pecah pintu?” tanya saya. “Habis tu, kalau tak pecah macamana awak nak masuk” tanya seorang pegawai. “Tadi kami cuba minta nak pinjam tangga jer, nak cuba panjat masuk melalui tingkap” ujar saya lagi. “Ooo…oklah, itu boleh diuruskan. Tak payah tangga” kata pegawai itu sambil memanggil seorang anggotanya. “Nanti abang spiderman ni boleh panjat” kata pegawai itu memberi jaminan.
![]() |
| Alat pemotong – Gambar hiasan |
Ketika itu orang ramai sudah mula berkumpul untuk melihat apa yang berlaku. Jenuh saya nak bercerita. Pada masa yang sama, seorang anggota bomba memanjat di tempat yang sama yang saya cuba panjat tadi dengan cukup pantas. Tak sampai 1 minit pada perkiraan saya dan terus masuk ke dalam rumah melalui tingkap dan terus membuka pintu dari dalam.
Tiada orang di dalam rumah tersebut. Rupanya member tadi sudah keluar apabila si Rizal ni turun ke bawah untuk mengambil barang dan terus mengunci pintu.
Acara panjat oleh anggota bomba tadi mendapat pujian serta ucapan terima kasih yang terhingga dari kami berdua.
Terima kasih abang bomba. Jasamu kami kenang.
Adakah anda akan juga akan telefon bomba sekiranya anda terkunci? ENTAHLAH..I dont know.








Leave A Reply