• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

“Ada Aku Kesah?” Begitu?

20/09/2018

Bila ada kenderaan syarikat dipandu secara berbahaya, tak ikut peraturan dan sebagainya, apa mesej yang ditunjukkan kepada umum?

Berbakul orang menyumpah kat syarikat tu.

Bawak kereta, siap ada sticker promosi bisnes, ada nama syarikat, ada laman web, ada nombor telefon tetapi bawak kereta macam orang mabuk todi.

Nak ke kita beli barang dengan syarikat tu?

Saya tak ingin beli barang atau produk yang kenderaan yang membawanya macam dipandu oleh orang gila.  Dah bila ramai orang macam saya maka terjejas bisnes syarikat.

Busuk nama syarikat, memberi kesan kepada imej syarikat walaupun bukannya semua pemandu begitu tetapi akibat nila setitik yang lain turut terpalit.

Sama juga dengan kita yang beragama ni.

Agama Islam, rupa Islam, nama pun Islam tapi bab takde adab dan langgar peraturan kitalah champion.  Langgar lampu merah, pandu di lorong kecemasan, tak bagi signal, parking sesuka hati, potong que dan macam-macam lagi.

Itu kat atas jalan.

Tak kira bab lain.  Buang sampah merata, berak tak reti flush, pentingkan diri sendiri, tak beradab dan segala macam hal lagi.

Kalau yang pakai serban besar bakul, pakai jubah meleret tetapi memandu di lorong kecemasan.  Langgar lampu merah, campak sampah ikut tingkap, merokok tak kira tempat, buang sampah ikut sedap lagi sakit hati kita tengok.

Apa mesej yang kita cuba tunjukkan pada orang beragama lain?

Ada orang asing pernah memberitahu saya, tak teringin langsung dia nak masuk Islam katanya.

Saya tanya kenapa begitu?

Katanya semua negara “Islam” yang dia lawati kotor-kotor belaka, orangnya tak berdisiplin belaka.

“I’lll just stick to my religion, thank you” katanya.

Ambik kau.

Allah soal esok apa kita nak jawab?

“Ada aku kesah?”

Begitu?
.

#mentalitimasihjamban
#khairulabdullah

Share

Blog  / Complaints  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved