• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Adab Menulis, Bertanya & Menjawab

14/12/2014

typings

Adab, sifat dan sikap adalah cermin peribadi seseorang.

Saya suka menulis dan menekankan tentang adab, sikap dan sifat. Bukan niat saya untuk tunjuk pandai yang sering digelar sebagai “poyo” ataupun untuk mengajar tetapi untuk saya bermuhasabah diri apabila membuat sesuatu perkara disamping berkongsi perasaan saya apabila berhadapan dengan situasi yang bakal saya ceritakan ini.

Saya terpanggil menulis tentang adab menulis, membaca dan menjawab ini apabila sering menghadapi keadaan serba salah apabila menjawab email, atau mesej di FB, Twitter, Whatsapp dan sebagainya. Kadang-kadang terasa sedih, adakalanya lucu, sekali sekala geram dan seringkali saya terpana dan terpaku kerana tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan atau mesej yang dihantar kepada saya.

Mesej atau email begini adalah paling banyak mendominasi kotak email saya setiap hari. Saya tidak kisah untuk menjawab setiap pertanyaan namun biarlah saya faham apa yang anda tulis dan cuba tanyakan kepada saya itu.

[spacer]

Adab menulis

Menulis adalah mudah. Tetapi cara anda menulis itu memberikan impak kepada orang yang membaca. Sekiranya anda menulis dengan cara yang baik maka impak yang anda berikan kepada orang yang membaca juga adalah baik.

Saya pernah menulis tentang bagaimana pelajar universiti menulis email kepada saya untuk memohon tempat menjalakan latihan amali/praktikal/industri (internship) di sini.

Nak menulis dan bertanya biarlah beradab. Menulis mesej kepada isteri, suami atau awek atau pakwe bukan main lagi – dimulakan dengan sebutan atau panggilan terlebih dahulu seperti “Sayang, awak kat mana?” “Bee, datang ambil I pukul 6 yer. Thanks” “Darling, kita nak ambil flight pagi ke petang yer?” “Ayang, tak rindu i ke?” “Mama, masak apa untuk dinner malam ni?” “Papa! papa tau tak yang papa ni nakal lah!” “Dear, tolong ambil dobi on the way balik nanti yer. TQ” dan macam-macam lagi.

Kenapa kepada orang lain yang anda perlukan pertolongan namun anda tidak dapat menggunakan pendekatan yang sama?

“Puan Siti, saya ingat nak mintak cuti minggu depan hari khamis dan jumaat boleh tak. TQ?” Cukup.

Tak perlu ayat putar alam panjang berjela – cuma ringkas dan tepat. Ada pembuka iaitu Puan Siti disusuli dengan pertanyaan atau permintaan yang lengkap dan jelas kemudian diakhiri penutup iaitu terima kasih. Cukup.

[spacer]

Adab bertanya,

Bertanya biarlah jelas. Lebih elok dan molek kiranya dimulakan dengan ucapan, disusuli dengan soalan dan diakhiri juga dengan ucapan. Namun yang sering saya terima adalah seperti ;

“Saya nak kerja petik buah?”, “Ada kerja kosong?”, “Saya perlukan hotel di Berlin”, “Nak sewa kereta kat mana?” dan macam-macam lagi. Jadi, bagaimanakah saya dapat memberikan jawapan yang tepat dan jelas bagi soalan yang sebegitu?. Termanggu seketika saya mengadap komputer atau telefon  sambil memikirkan jawapan yang sesuai. Kalau dijawab secara acuh tak acuh nanti ada yang terasa, kononnya saya sombonglah saya perlilah dan sebagainya. Namun untuk menjawab secara tepat adalah amat sukar untuk saya.

Kadangkala saya terfikir mungkin mereka merasakan yang saya ini seorang Psikik yang boleh membaca fikiran dan menterjemahkan apa sahaja yang mereka tulis. Kalau ikut perasaan maka bagi soalan yang pertama saya akan jawab ” Ha..kerjalah” sebab apa yang ditulis kepada saya bukanlah pertanyaan tetapi pernyataan.

Bagi soalan yang kedua pula jawapan saya lebih mudah – cuma perlu jawab ya atau tidak sahaja. Namun adalah tidak tergamak untuk saya menjawab sebegitu kerana saya tahu mereka mengharapkan jawapan yang jelas daripada saya.

Oleh itu jawapan yang terbaik dapat saya berikan adalah dengan bertanya soalan kembali, yang mana akibatnya akan terdapat satu siri komunikasi yang panjang rentetan dari satu email atau mesej jawapan untuk satu email atau mesej soalan. Saya lebih suka menerima satu set soalan yang lengkap sepanjang mungkin dan saya akan dapat menjawab sekaligus secara lengkap dan jelas. Tetapi apabila setiap email atau mesej ada satu soalan dengan 3 atau 4 patah perkataan maka amatlah sukar untuk saya memberikan ruang masa saya untuk menjawab soalan sebegitu.

Alangkah bagus kalau email atau mesej yang diterima berbunyi ;

“Assalamualaikum, saya nak tumpang tanya, kalau kita nak naik train dari Munich ke Amsterdam, perlukah kita beli tiket online atau di kaunter sahaja? Terima kasih – Hamzah, KL”

Sesiapa sahaja yang membaca pertanyaan di atas pasti faham dengan jelas, apakah soalan yang ditanya dan siapa yang bertanya soalan.

Tidak dinafikan, ramai juga orang yang menghantar email atau mesej saya dengan ayat dan penulisan yang bagus. Ramai juga yang penulisannya tidak bagus namun pertanyaan dan cara tulisannya membuat saya senang hati.

[spacer]

Adab Menjawab

Apabila ditanya soalan atau ditegur maka kita wajiblah menjawab. Ketika kita sedang menunggu komuter dan orang disebelah kita bertanya;

“Kak, gi Seremban ke?” maka kita pun jawab “Tak!” sambil menggeleng kepala kerana kita nak ke Subang Jaya.

Sebaliknya apa yang dimaksudkan oleh adik tadi adalah tren komuter yang sedang ditunggu tersebut menuju ke Seremban kah. Adik tadi menjangkakan yang akak tadi dapat membaca akal fikiran beliau memandangkan ketika itu mereka sama-sama sedang menunggu tren komuter.

Namun kalau adik tadi bertanya “Kak, tumpang tanya sikit. Komuter ni nak ke Seremban ke?” maka kita pun dengan lebih senang hati menjawab “Ohhh takk, yang ni nak ke Port Klang, kalau nak ke Seremban adik kena naik kat sebelah sana. Rasanya lagi 5 minit train sampai..adik kena pergi sekarang!” sambil tersenyum.

Nampak tak perbezaan nada jawapan yang diberikan apabila pertanyaan yang diajukan lebih lengkap dan beradab?

Begitu juga dengan saya, anda atau sesiapa sahaja yang menerima pertanyaan. Acapkali saya mengerut dahi memikirkan bagaimana hendak menjawab soalan yang diterima. Bukan bermakna saya tidak mahu anda menghantar email atau mesej bertanya soalan – tetapi biarlah lengkap dan saya mudah faham. Itu sahaja.

Untuk saya tidak perlu ucapan salam, tidak perlu terima kasih dan sebagainya – cukup sekadar soalan yang lengkap untuk saya mudah menjawabnya.

[spacer]

Adab Membalas

Apabila kita dah terima jawapan maka apa yang harus kita lakukan? Memaling belakang dan berlalu begitu sahaja?

Sudah pasti tidak. Perkataan yang lazim diucapkan adalah terima kasih. Sangat mudah dan tak sampai pun 2 saat untuk menyebutnya dan tidak sampai 6 saat pun apabila menaip di komputer menggunakan keyboard atau di telefon pintar masing-masing.

Tidak susah bukan?

Kalau tidak susah kenapa tidak dilakukan? Adakah anda tidak peduli? Anda tidak kisah?

Untuk saya, ucapan terima kasih bukanlah saya inginkan tetapi balasan email atau mesej dari anda yang saya nantikan.

Sekurang-kurangnya apabila dah mendapat jawapan dari saya, tulislah 2 patah perkataan seperti “saya faham” atau “ohhh macam tu” ” ok tau dah” dan sebagainya. Jadi saya tahu yang anda telah menerima balasan email atau mesej saya. Apabila tiada jawapan balas dari anda maka saya sering tertanya-tanya “dia tak terima email kah?”, “email masuk spam kah?” atau “dia belum baca lagi kot” dan macam -macam lagi.

Mengapa saya risau dan tertanya-tanya?

Kerana seperti yang saya nyatakan di atas. Apabila seseorang bertanya kepada saya maka wajiblah saya memberi jawapan – samada pendek ataupun panjang. Jadi apabila tidak mendapat balasan maka saya rasa bersalah dan merasakan yang anda tidak menerima jawapan balas dari saya.

Selain itu, saya antara 1 hingga 3 jam setiap hari untuk membalas semua email, komen dan mesej anda. Ada yang panjang berjela dan ada juga yang cuma sebaris kata. Jadi besarlah harapan saya agar ribuan perkataan yang taip setiap hari dapat memberi jawapan kepada pertanyaan anda.

Oleh itu saya pohon kepada semua pembaca di luar sana, apabila menghantar email kepada saya atau kepada sesiapa sahaja terutama kepada mereka yang menulis email atau mesej untuk memohon kerja atau bantuan atau sebagainya – tulislah dengan lengkap dan beradab kerana diri anda dinilai melalui tulisan anda.

Letaklah diri anda di tempat orang di sebelah sana yang memberikan jawapan kepada anda – mungkin anda akan lebih tahu betapa bernilainya “acknowledgement” dan ucapan terima kasih.

[divider top=”no” style=”dotted” size=”2″ margin=”10″]

Saya amat yakin yang setiap email atau mesej yang dihantar kepada saya mendapat balasan samada pendek ataupun panjang. Ada yang bertanya satu soalan dengan hanya 10 perkataan tetapi mendapat balasan dengan 5 perenggan dengan 280 patah perkataan bersama jawapan yang lengkap. Ada juga yang menulis hampir 150 oatah perkataan kepada saya tetapi saya hanya membalas dengan sebaris kata sahaja.

Begitu juga dengan komen-komen samada di blog ini ataupun di facebook page saya. Saya mencuba sedaya upaya untuk menjawab semua soalan dan komen. Namun kepada mereka yang komennya atau email yang belum saya balas, maka saya mohon maaf. Mungkin ada yang saya tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya dan mungkin ada yang terlepas pandang.

[spacer]

Saranan saya

Satu lagi, kalau menulis komen di status FB yang hot atau viral tentang isu semasa, politik, agama dan sebagainya maka tulislah dengan beradab. Ribuan orang membaca tulisan anda dan dari situ orang menilai peribadi anda. Baik dan santun bahasa anda maka baiklah budi pekerti namun buruk dan carut bahasa anda maka itulah diri anda yang dapat dilihat oleh ribuan manusia lain.

Kepada mereka yang terasa dengan artikel saya kali ini saya pohon ribuan ampun dan maaf. Semoga kita sama-sama dapat mengambil inisiatif untuk memupuk sifat serta sikap yang lebih baik.

[spacer]

Namun begitu

Saya masih sering tertanya-tanya mengapa ada yang menulis dengan cara sebegitu dan kadangkala menggunakan singkatan perkataan yang sukar untuk difahami.

Sukarkah untuk menulis dengan bahasa yang santun dan jelas? atau dengan lebih panjang sedikit supaya maksudnya sampai?. Adakah kredit telefon atau had limit internet akan terus habis sekiranya menulis dengan tambahan 10 atau 15 perkataan? Atau mungkin masa anda terlalu berharga untuk dihabiskan selama 10 minit untuk menulis dengan jelas dan terang agar lebih mudah difahami? Atau mungkin anda jenis “I Dont Care”

ENTAHLAH..I Dont Know!

khairul signature

abdullahAdabAdab menulisBlogBloggerBudayaCara menulisChefCookdesigngermanyGrafikkhairulPenulisansifatsikap
Share

Believe It or Not  / Blog  / Guides  / Lesson  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Ramai Yang Mencuri Di Ikea Tanpa Sedar
08/08/2017
Pantang Larang Jika Anda Ke Jerman
20/03/2017
Tips Pengembara: Pilihan Penginapan Alternatif Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
21/12/2015

27 Comments


Anis Remli
14/12/2014 at 4:07 am
Login to Reply

Saya suka tulisan ni. Orang kita (walaupun mungkin bukan semua), selalu bersikap ambil mudah, nak cepat. Kalau kita jelas panjang lebar katanya 'skema'. Ringkas sudahlah, bukan nak berpidato.

Sayangnya, bila salah faham dengan kita sekali turut sama. Hurmmm…terima kasih dengan pencerahan ni Khairul.



Beghehing Mamood
14/12/2014 at 3:11 pm
Login to Reply

Assalamualaikum. Semuga Tuan Sekeluarga sentiasa di dalah Rahmat Allah. Satu tegasan atau teguran yg baik!. Saya berpengalaman mendapat penjelasan dari Tuan tentang beberapa perkara penting tentang Jerman. Jawapan nya cukup jelas dan penuh rasa hurmat. Anda Anak Muda Jebanggan saya! Anda tidak lokek dgn berkongsi pengetahuan.Syabas!



Khabar dari Switzerland
14/12/2014 at 4:05 pm
Login to Reply

Sekali lagi saudara menhasilkan tulisan yang sangat membina. Teruskan usaha berkongsi pengalaman dan diharapkan semoga kandungan sebegini dapat mempengengaruhi budaya kita berhubung sesama manusia. Bahasa jiwa bangsa.



Siti travelog
15/12/2014 at 7:03 pm
Login to Reply

Entahlah tuan. Kadang-kadang, bukan hanya pembaca sahaja yang jenis bertanya gaya serbu begitu, malah pelanggan berpendidikan tinggi. Belum dikira adab buat panggilan telefon pada waktu maghrib dan tengah malam buta. Banyak benda sivik yang orang kita belum pandai.



Fazillahnor Samsudeen
16/12/2014 at 3:57 am
Login to Reply

Terima kasih. saya suka tulisan ini.



Mahziah Ramly
16/12/2014 at 9:40 am
Login to Reply

Seperti yg sy beritahu kat blog saudara tentang tip percutian musim sejuk sebelum ini. Tulisan saudara seronok di baca ..ayat teratur dan infonya sangat penuh dan padat. Dari tulisan saudara saya simpulkan saudara KA seorang yang tidak meninggi diri .. tidak suka bercakap besar dan sgt2 down to the earth .. syabas saudara walaupun duduk menetap di luar negara tapi adab dan tatasusila sangat2 terpuji



Khairul Abdullah
16/12/2014 at 4:13 pm
Login to Reply

Terima kasih kerana membaca tulisan saya dan sudi meluangkan masa untuk meninggalkan komen di sini. Untuk pengetahuan anda, saya adalah seorang yang pemalu dan tidak suka bercakap banyak. Saya lebih banyak mendiamkan diri sekiranya tiada topik yang perlu untuk saya bercakap atau bercakap mengenai perkara yang saya tidak tahu. Adab dan tatasusila sudah dilatih sejak kecil lagi oleh ibu bapa saya dan sebagai seorang yang beragama islam, saya juga harus menunjukkan contoh yang baik kepada rakan2 bukan islam saya kerana mereka sebenarnya lebih baik dari kita kerana sentiasa bersopan santun di dalam percakapan dan penuh adab di dalam perbuatan.



suziana binti selamat
17/12/2014 at 4:27 am
Login to Reply

Sy Suziana,
Sy suka semua info yg encik tuliskan.(Terima Kasih)
Semoga ALLAH permudhkan segala urusan encik Khairul



Nor hasni
17/12/2014 at 4:51 pm
Login to Reply

Salam sd khairul.

Bagus blog anda, sgt informative dan bernas isinya. Saya mohon saranan sd utk layover penerbangan 6 jam di frankfurt. ETA ialah 1.30 ptg 28jan. Saya teringin ke Romerberg tetapi agak gementar kerana sense of direction saya sgt tidak boleh dipercayai. Hahaha

Thank you, ya.



    Khairul Abdullah
    17/12/2014 at 5:45 pm
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Saudari Nor Hasni,

    Adalah tidak susah utk ke Romerbeg. Anda ambil train dari airport ke pusat bandar. Sekiranya naik train yang bertulis Hauptbanhhof maka anda kena turun di main train station dan ambil tram no 11 di hadapan luar main train station dan berhenti di Romerberg.

    Kalau train bertulis Hanau maka anda boleh turun juga di main train station (hauptbahnhof) dan nak tram spt yg saya ceritakan di atas atau jangan turun di stesen utama tetapi turun di 2 stesen berikutnya iaitu stesen Hauptwache. Ini adalah stesen pusat bandar. Anda keluar dari stesen dan tengok bangunan kedai Esprit sbg rujukan.

    Di sebelah Esprit terdapat sebuah lorong, maka anda berjalanlah di lorong tersebut sehingga ke penghujungnya maka anda akan berjumpa Romerberg.

    Kalau naik tram no 11 memang berhenti betul2 di Romerberg..tetapi tak thrill sebab tak jalan kaki. To see a town you must walk!

    Good luck and all the best.

Nor hasni
18/12/2014 at 12:23 am
Login to Reply

Terima kasih diatas panduan. Saya cuba, walaupun memikirkannya sahaja pun hati dah berdebar2.



    Khairul Abdullah
    18/12/2014 at 12:32 am
    Login to Reply

    Kembara di tempat asing adalah adventure. Jangan takut..have fun!!

Khairul Abdullah
18/12/2014 at 12:10 am
Login to Reply

Sama-sama 🙂



Khairul Abdullah
18/12/2014 at 12:11 am
Login to Reply

Terima kasih juga kepada jiran saya dari Switzerland ini. Perkongsian di laman web anda juga memberi banyak ilmu kepada orang lain. keep it up.



Khairul Abdullah
18/12/2014 at 12:13 am
Login to Reply

Terima kasih tak terhingga dari saya.



Khairul Abdullah
18/12/2014 at 12:21 am
Login to Reply

Betul tu Anis, ringkas perlu kena pada tempatnya. Ini kalau di dalam surat menyurat formal pun semua nak diringkaskan..kenapa? Mana adab dan tertibnya kan?



irfa
18/12/2014 at 9:51 am
Login to Reply

kalau baca komen buruk kat fb, sy akan klik profile pengomen
dah jadi habit pulak. hehe



    Khairul Abdullah
    20/12/2014 at 12:39 pm
    Login to Reply

    Hahah..dulu saya pun macam tu..saja nak tahu macamana rupa orang yg bercakap atau menulis menggunakan kata2 kesat ni. Tapi sekarang dah tak kuasa dah.

Zin JJ Kmol
28/12/2014 at 6:35 pm
Login to Reply

Salam Encik KA, saya berasa teruja dengan gaya penulisan dan penyampaian encik. Penekanan yang diberikan bagi sesuatu penyampaian tampak tersusun dan mesej yang mudah difahami dengan gaya bahasa yang ringkas. Saya selalu mengikuti perkembangan informasi yang disampaikan encik sehingga terpanggil untuk berhijrah ke benua eropah. Insyaallah jika tiada aral melintang mengikut perancangan tahun 2015 membuka laluan saya ke bandar Liepzig. Saya berharap semoga kita dipertemukan suatu masa nanti di bumi Germany. Lets zumba! (y) salam dari bumi Malaysia. Terima Kasih 🙂



Khairul Abdullah
29/12/2014 at 11:09 am
Login to Reply

Terima kasih kerana sering membaca tulisan saya. Tahniah juga kerana akan datang ke Jerman ini pada tahun hadapan. I wish all the best!



Ibu Pernida
02/02/2015 at 3:49 am
Login to Reply

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 9273 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.

dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..

Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))

atau klik langsung di <a href="http://prediksitogel747.blogspot.com/">KLIK DSINI BOCORAN TOGEL</a>

angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos



Zahari Sharit
03/02/2015 at 4:43 am
Login to Reply

Berbaloi untuk mengikuti & membaca tulisan Sdr KA. Sangat informatif, disampaikan dengan gaya Bahasa Malaysia bermutu tinggi. Mula mengenali blog ini bila terjumpa tuiisan Tips Lengkap Mengembara Ke Eropah. Akan terus mengikuti entri blog ini. Terima kasih Sdr KA atas sumbangan anda melalui penulisan.



Khairul Abdullah
03/02/2015 at 6:02 pm
Login to Reply

Terima kasih En Zahari kerana membaca blog saya yang tidak seberapa ini 🙂



NurAqidah Morsidi
19/02/2015 at 4:55 am
Login to Reply

penjelasan ini memang terbaik. lagi lagi adab membalas. boleh share tak? terima kasih encik khairul .



Aqidah Morsidi
19/02/2015 at 4:55 am
Login to Reply

penjelasan ini memang terbaik. lagi lagi adab membalas. boleh share tak? terima kasih encik khairul .



Khairul Abdullah
23/02/2015 at 2:16 pm
Login to Reply

Silakan share 🙂



Beeb Siti Baiti
30/03/2015 at 4:30 am
Login to Reply

Assalamualaikum…boleh bagi anggaran cost sekiranya saya dan 3 org rakan baik saya nak travel bacpacking around Germany…currently kami plan for Turkey. Insyaallah next nak plan Germany or Eastern Europe…terima kasih…



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved