• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Air Fryer Terbaik Bagi Yang Mampu

25/02/2022

Bagi yang mampu, ini mungkin Air Fryer terbaik yang korang boleh dapat. Yer harga dia tu boleh beli 7-8 buah air fryer marhaen.
Nah, 10 sebab kenapa ia mahal?

1. Kualiti pembuatan dia memang lain. First sekali bila keluar dari kotak kau dah rasa berat dia. Yer dekat 8kg berat dia dan jauh lebih berat dari semua air fryer yang murah tu. Material yang digunakan jauh lebih berkualiti dan saiz besar tu buat jadi berat juga.

3. Heating power dia lebih besar. Standard air fryer kuasa panas dia sekitar 1800 watt dan yang Philips ni power dia 2225 watt dan dia ada Rapid Air Technology. Sebab tu lebih cepat panas, lebih cepat masak. Ohhh dia tak perlu preheat dulu macam AF yang lain. Masuk jer terus dia start masak. Kebanyakan AF lain ambil masa juga 30 saat sehingga 1 minti untuk preheat.

2. Saiz dia yang besar. Dengan kapasiti 7.3L XXL boleh muat terus seekor ayam. Boleh juga muat sebiji kek, 4-5 biji muffin besar dan segala mak nenek boleh sumbat dalam tu.
3. Sistem tray dia sedikit berbeza. Ada 3 lapisan tray yer. Pertama tray besar bawah sekali. Lepas tu tray untuk takung lebihan minyak dan lemak, lepas tu frying basket yang mana tray berjaring dia tu boleh dikeluarkan sekeping. So mudah untuk dicuci. Ada juga diberi basket yang takde lubang atau jaring, boleh masak benda berkuah dalam tu.

4. Design yang cantik dan fully digital. Dengan kemasan hitam dan emas, memang nampak lebih mahal dan premium. Kaler hitam dan gold ni memang menawan beb. Lepas tu semua digital okeh, dan ada smart chef, boleh pilih sahaja apa jenis masakan.

5. Smart Chef. Air fryer ni bijak, dia ada smart sensing system. Bila kita masukkan ayam misalnya, pilih ayam dan dia akan sense dulu kelembapan ayam tu so dia akan tahu berapa suhu dan berapa lama dia nak kena masak. Sepanjang memasak tu dia akan sentiasa monitor kelembapan ayam tadi untuk dia terus mengawal suhu dan timer yang sesuai. Bijak ngat aihh.

6. Automatik menu. Ada 5 pre-set menu yang dah ada yang kita boleh pilih dalam tu. Tekan jer kita nak masak apa. Kalau goreng fries, nanti dia akan bunyikan signal untuk kita buka dan goncangkan fries tu agar dibalik-balikan dan rata garing dia tu.

7. Ada apps khas diberi nama NutriU App. Apps ni tak boleh connect dengan AF ni, tetapi dia ada banyak gila resepi dalam tu. Paling best dia ada function “What’s in my fridge” yang mana kita masukkanlah dalam apps tu benda apa yang ada dalam fridge, nanti dia akan cari menu sesuai atau yang kita booeh cuba berdasarkan bahan yang kita ada tu.

8. Banyak aksesori lain. Tray dia tu ada macam-macam jenis yang kita boleh tambah untuk pelbagai jenis masakan. Ada grill plate, baking pan, grill rack, snack lid, muffin tins dan macam-macam. Takde ler guna tray satu tu jer untuk masak semua jenis benda.

9. Ada warming function. Yer dah siap masak boleh biar dia kekal panas dalam tu. Yelah kot lepas masak nak makan lambat lagi ke, atau nak kena keluar dulu ke, so boleh kekalkan makanan dalam tu dan biar dia warm gitu.

10. Heating system dia lain macam sikit. Kebanyakan AF yang aku pernah cuba dan tengok, bahagian tray paling bawah tu flat atau rata jer permukaan dia. Tapi AF Philips ni bahagian bawah tu bentuk dia macam starfish, so udara panas yang turun ke bawah tu dapat dipantulkan dengan lebih efisyen. So makanan akan masak dengan lebih baik dan sekata. Ohh bunyi kipas dia pun tak kuat sangat. Takdelah senyap tapi “bearable” lah.

Nah boleh tengok di sini: https://shp.ee/iksfx2t

Boleh guna voucher diskaun ni. Untuk hari ni jer tau valid:

New Shopee User: SHPLTSA
Existing Shopee User: PDPDSAP

So kalau kau ada duit untuk spend untuk AF yang berkualiti tinggi, memang Philips AF Smart Sensing ni pilihan terbaik yang ada.

Tapi kalau bajet ciput, aku sarankan beli yang ni. Just nice, digital, agak besar, lawa, dan mampu milik: https://shp.ee/dy2ni7s

https://www.facebook.com/729777276/videos/2006226622882105/

Okay sekian, itu sahaja untuk hari ini.

Selamat bershopping.

#SuperDaddy

Share

Blog  / Cooks  / Gadgets  / Lifestyle  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved