• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Air Fryer Yang Anda Wajib Ada

02/02/2022

Aku pernah guna 3 airfryer okeh. Bagi sesiapa yang masih berkira-kira nak beli, nah review ringkas 3 jenis Air Fryer untuk korang.

1. Russel Taylor AF-34 Black – 4.8L (RM189.99)

Ini saiz air fryer yang paling kecil yang aku cuba guna. Saiz dia cuma 4.8L, agak besar sikit yang aku pernah beli untuk mak aku iaitu 3.8L. Bolehlah kalau nak panggang ayam saiz S-M tu seekor terus.
Design dia cunlah jugak dan agak tinggi gitu.

Dia punya sistem simple, guna butang atau dial manual. Sebelah kiri pusing untuk tentukan suhu dan sebelah kanan pusing untuk tentukan timer.
Leceh dia kalau kau tersalah pusing timer terlajak masa, kau tak boleh nak ejas balik dah, kena lah biar timer tu jalan sampai habis. Kalau nak guna kena preheat dulu at least 3 minit, lepas tu baru boleh guna.

Tray lubang-lubang dalam dia tu lekat sekali handle. So kalau rosak ke dah karat ke memang kena tukar tray tu terus. But dengan harga, saiz dan macam-macam boleh guna, kira must have lah ni.

Harga dia RM189.99 tengah CNY sales ni. So, worth it lah.

Beli di sini: https://shp.ee/v3xvs87

2. Corvan AirFryer F50 XXL – 5.0L (RM288)

Okeh, ini so far air fryer yang paling lawa, hensem, kacak dan cun. Gabungan hitam dan tembaga tu sangat kena okeh. Ini memang stok letak kat ruang tamu ni, sebagai hiasan.

Saiz dia 5.0L, memang ngam masuk ayam seekor terus kalau nak panggang. Paling best dia digital. So dah ada preset button untuk kau pilih kau nak masak apa. So tak perlu nak fikir lagi nak set temperature berapa, timer berapa lama. Kalau salah set boleh reset. Aku suka, sangat memudahkan.

Tray lubang-lubang dalam dia tu berbetuk pelapik yang kau boleh keluarkan sekeping dia jer. Kalau hilang, rosak ke tak ralat, boleh jer lapik benda lain untuk guna.

Bagi aku kadar pemanasan dia lebih tepat berbanding yang di atas.

Harga dia ada 68% diskaun ni cuma RM288. Best dan berbaloi.

Beli di sini: https://shp.ee/dy2ni7s

3. Russell Taylors Digital Rotary Air Fryer AF76 -7.5L (RM329.99)

Ohhooi, inilah air fryer kegemaran aku. Semua yang aku nak ada pada benda alah ni. Design dia bolehlah, taklah lawa sangat tapi nampak elok sebab ratio tinggi dan lebar tu nampak just nice.

Saiz dia besar weh yang ni iaitu 7.5L. Ayam seekor saiz XXL rilek jer dia tapau. Button dia semua digital, ada preset juga untuk jenis masakan apa yang kita nak. Masuk jer dan tekan, tak payah termenung nak fikir suhu dan masa.

Paling best dia ada 2 benda yang airfryer di atas tak ada iaitu viewing window dan juga digital rotary.

Dia ada tingkap untuk kita tengok masakan kita kat dalam tu. Elok ke rentung ke, just nice dah ke so kita boleh stop kalau nampak dah ok, atau boleh tambah lagi masa dan temperature kalau nampak tak ok.

Takdelah buka-buka jer terus nampak ayam hitam rentung.

Satu lagi dia ada pemusing kat dalam dia. So bila nak pakai kita pasangkan/klipkan bilah pengacau dia. So kalau kita letak fries atau meatball misalnya maka makanan tu akan dibalik-balikan so dapat masakan yang sekata. Ini best okeh.

Harga dia cuma RM329 berbanding aku beli dulu 399. Besar dan berbaloi.

Ini link dia: https://shp.ee/jgjzu93

****

So itulah serba sedikit yang aku boleh cerita pada korang pasal air fryer yang aku pernah guna. Semoga membantu korang untuk buat keputusan dari segi jenama, saiz dan kegunaan.

Kalau tanya aku, manakah yang aku akan rekomen untuk korang?

Aku pasti rekomen Corvan, sebab harga mampu milik, saiz just nice dan paling penting mudah untuk untuk digunakan. Dan lawa tu adalah satu bonus untuk sedap mata memandang ketika sedang masak.

Sekian.

#superdaddy
#shopeereview

Share

Blog  / Cooks  / Gadgets  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved