• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Aku dan KFC

20/02/2020

Pertama kali aku makan KFC adalah sekitar tahun 1989 kalau tak silap.

Lama dah oiih.

Aku duduk ulu banat, ke bandar terdekat pun ambil masa sejam lebih.  Keluarga susah pulak tu, KFC pun aku tak kenal.  Selepas masuk asrama barulah kenal.  Masuk Form 3 kot barulah dapat aku rasa makan ayam yang tersohor seantero dunia tu.

Itu pun selepas aku ada duit hasil berniaga rokok.

Waktu tu rokok Dunhill 20 batang harga RM2.50 sekotak.  Aku lompat pagar belah malam ke pekan, beli dan balik jual di sekolah.  Sekotak aku jual RM5.00, kalau sebatang 30 sen.  Megi pun aku jual jugak.  Kaya jugaklah sampai dapat kerap makan KFC tu.

Harga snack plate waktu tu tak sampai RM5 pun.  Dan zaman tu, sos cili masih dalam botol ada tersedia atas meja.  Makan dalam pinggan okeh.

Sekali aku pergi dengan kawan-kawan memang 2-3 botol habis lah.  Sebotol dua masuk beg, lagi sebotol dua kat situ memang dihabiskan.  Dah habis, sisa tulang ayam semua sumbat masuk dalam botol.

Jangan tanya aku kenapa kami buat macam tu.  Sebab nakal barangkali.

Lepas tu pergi panggung tengok wayang.  Harga tiket wayang tak sampai RM2 kot tak silap.  Dalam panggung dah macam dilanda jerebu, kabus putih dipenuhi asap rokok.  Kat atas kerusi dan kat lantai penuh dengan kulit kuaci.

Hanya selepas TGV bukak barulah kuaci diharamkan dalam panggung rasanya.

Tapi kami tak heran dengan asap rokok, tak heran dengan kulit kuaci sebab kami ada awek sekolah lain dok sebelah.

Who cares about kuaci and smoke when you have a girl by your side aite?  Dan-dan aku cakap omputih berterabur.

Lepas tengok wayang, boleh repeat KCF sekali lagi.  Dua orang tak habis pun RM10.

Haishh.

Tua dah aku.

Khairul Abdullah
#SekolahTengahBendang

Share

Blog  / Foods  / Nostalgia  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved