• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Anak dan Gajet

12/10/2019

Macamana aku kawal anak dari ketagihan gajet?

Bukan tak nak bagi anak-anak guna langsung sebab ini zaman dia dan banyak benda dia belajar dari situ.  Cuma nak elakkan dari dia melekat terus dengan benda alah tu.

Taknak sampai kalau tak dapat dia akan meraung macam dunia nak kiamat esok.

Antara 5 benda yang aku praktikkan adalah:

1. Jangan jadikan benda tu hak anak

Maksudnya gajet tu aku pinjamkan kat dia.  Aku punya tetapi dia pinjam.  Dia tak boleh rasa benda tu hak mutlak dia, jadi senang nak kawal sikit.  Aku mintak dia kena bagi sebab barang tu bukan dia punya.

2. Kempimpinan melalui teladan

Kalau aku asyik pegang phone jer, dia pun nak jugak.  Kalau aku cakap tak boleh, dia akan tanya kenapa aku boleh dia tak boleh?  Kalau aku cakap aku kena buat kerja, dia pun nak buat kerja, nak siapkan bangunan apa ntah kat game Minecraft tu.

Jadi kurangkan penggunaan phone depan diorang.  Mujur aku ni sibuk yakmat kat rumah, jarang dapat pegang phone.  Dapat bercinta dengan phone hanya waktu diorang dah tidur.

3. Tegaslah sikit

Aku garang oihh.  Kalau aku cakap no maka no lah.  Aku dah terang kat depa rules macamana, so depa dah faham.  Dalam kes-kes tertentu aku tewas lah jugak.  Namun selalunya aku menang.  Bila aku minta, depa confirm akan bagi dan takde kes meraung-raung atau berguling-guling.

4. Hadkan penggunaan

Budak-budak ni hanya boleh guna sejam lebih sehari di dalam rumah tidak termasuk bilik tidur.  Sesekali aku benarkan, tetapi rules dia masuk sahaja bilik tidur gajet diharamkan.  Hujung minggu aku bagi extra time.

Di luar rumah pula hanya dalam kereta aku benarkan, itupun kalau long distance dan laluan rutin.  Itupun aku bagi bila diminta sahaja.  Di rumah orang, di majlis, di restoran, mall dan semuanya aku tak bagi kecuali dalam keadaan terdesak sahaja.

5. Selalu puji

Aku selalu puji anak aku (yelah nak puji anak siapa lagi kan?) bila dia ikut rules yang aku tetapkan.  Bila aku minta off semua dan serahkan pada aku dan diorang patuh maka aku akan peluk dan puji dia, gosok-gosok belakang dia, usap kepala dia dan doakan serta cium dia.

Dia pun tersenyum gembira.

Aku pun rasa bahagia.

Begitulah.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Share

Blog  / Gadgets  / Parenting  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved