Siang tadi setibanya di rumah selepas berpagian di bengkel servis kereta, isteri saya ada cerita menarik katanya.
Ketika sedang melayan si Khaleef dan Khaleel bermain, beliau menonton tv video klip terbaharu Anuar Zain.
Sedang syok tengok tiba-tiba Khaleef menjerit “Daddy, daddy, daddy on tv” sambil menunjukkan gambar abam Nuar kepada ibunya.
Gelak besar si ibu sambil memberitahu Khaleef yang menyanyi di tv itu bukan ayahnya.
Nampak tak??
Saya yakin yang penglihatan anak saya sangat bagus dan dia memang kenal ayahnya. Dia tidak silap, ayahnya dan si penyanyi tu memang seperti kembar iras rupa mereka.
Isteri saya bercerita kepada saya sambil ketawa berdekah-dekah. Jauh panggang dari api lah maksudnya tu. Saya hanya mampu tumpang ketawa kecil kerana sedih isteri memperkecilkan persamaan saya dengan penyanyi popular tersebut.
Namun dia tidak tahu di dalam kepala saya ligat mencari salon mana hendak saya tuju esok hari untuk buat rambut sebijik macam abam Nuar.
Moga menjadilah rambut saya esok.
Hahahahahaha 😂😂😂







Leave A Reply