• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Arafah Challenge

30/07/2020

Waktu ni saya yakin ramai yang dah balik kampung kan.  Tapi dalam keseronokan kita tahukah semua hari ni ialah Hari Arafah.  Kita disunatkan untuk puasa tau.

“Puasa hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.” (HR Tirmizi No: 680)

Namun jika tak dapat berpuasa sunat atas sebab tertentu usah risau kerana kita masih berada di awal bulan Zulhijjah yang pahala amal soleh kita akan dilipatgandakan Allah.  Lebih2 lagi pada Hari Arafah ni.

Begini, ada sebuah sekolah rendah Islam di Gurun Kedah memerlukan bantuan.  Asbab reputasi sekolah yang terkenal di kalangan penduduk tempatan atas pencapaian akademik dan sahsiah, bilangan pelajar bertambah sehingga hampir 600 pelajar.

Surau lama bersaiz kecil dan sudah usang.  Ia telah dirobohkan untuk membina surau baru.  Tujuannya untuk memberi keselesaan kepada para pelajar.

Sementara surau baru siap, para pelajar terpaksa solat bersesak-sesak di kantin sekolah dan mengikut giliran.

Mereka perlukan bantuan kita.

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji.  Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui” (Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Jadi, jom rebut peluang wakaf sedekah Arafah Challenge untuk dana surau baru Sekolah Rendah Agama Al-Akhlak Al-Islamiah (Sekolah Integrasi Faizin) ini.  Selagi mana surau ni digunakan, selagi tu pahala tak putus-putus kita dapat.

Mereka sedang mencari 30,000 dermawan yang boleh wakaf hanya RM10 sahaja.  Tak rugi kita derma, insyaAllah akan tambah rezeki lagi.

Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak, ayah, datuk, nenek dan keluarga yang masih hidup ataupun dah meninggal dunia.  Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan.  Anak anak boleh buat sumbangan melalui:

Bank : BANK RAKYAT
Nama : SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH
No. Akaun : 1106 5100 1625

Email : surau.sra.faizin.gurun@gmail.com

Alamat Sekolah:
Sekolah Rendah Agama Al-Akhlak Al-Islamiah
(Sekolah Integrasi Faizin)
Guar Chempedak,
08800 Gurun, Kedah

Semoga Allah memilih Dato Datin Tuan Puan Cik Encik untuk bersedekah wakaf akhirat ini.  Amin.

PS. Kongsikan posting ni pun insyaAllah akan dikira sebagai wakaf amal jariah kita.  Terima kasih.

#sahamakhirat

Share

Blog  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved