Arbaie Bujang Kembali..ungkapan atau “statement” yang dikeluarkan oleh diri sendiri dan rakan-rakan apabila kembali menjadi bujang sekejap. Maklumlah, isteri “out-station” ataupun balik kampung dan sebagainya.
Siapa Arbaie??
Mungkin ada yang tidak kenal siapa itu Arbaie. Mungkin ramai juga yang dah kenal. Untuk pengetahuan, Arbaie adalah satu watak di dalam drama TV bertajuk Arbaie Bujang Kembali. Drama yang cukup popular ini adalah arahan saudara Mamat Khalid.
![]() |
| Mamat Khalid |
Ia mengisahkan Arbaie yang kembali menjadi bujang dan berperangai muda setelah isterinya cuti berpantang. Pelbagai perkara lucu berlaku sepanjang tempoh tersebut. Watak Arbaie dilakonkan oleh Mohd Amran Nasiruddin (tiada gambar).
Jadi, memandangkan isteri saya tiada selama 3 hari, maka “Arbaie”lah saya sepanjang tempoh tersebut.Saya cuba mencari klip drma ini di Youtube tetapi malangnya tiada. Bagi yang belum pernah menonton drama ini dan juga drama Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel..cubalah cari vcd kat mana-mana. Ianya pasti berbaloi sepertimana anda menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah kerana ianya arahan pengarah yang sama.
Adakah saya akan menurut jejak langkah Arbaie? ENTAHLAH….Mungkin tidak!!








2 Comments
Salah bro… watak arbaie bukan dilakonkan oleh Mubarak Majid tapi oleh pelakon yg bernama Mohd. Amran Nasrudin
En Man,
Harap maafkan saya. Artikel ini telah saya betulkan. Sebenarnya saya telah membetulkannya suatu ketika dahulu ketika ditegur sendiri oleh pelakon berkenaan En Amran. Saya telah menukar serta memohon maaf kepada beliau. Namun ketika server hosting saya “crashed” semua komen dan pembetulan tersebut telah hilang dan artikel ini adalah hasil daripada “backup” yang ada. Ketika memuat turun kembali semua artikel saya tidak perasan yang ianya adalah artikel yang lama yang masih salah.
Harap maaf.