• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bad Review – Restoran Tupai Tupai Shah Alam

16/02/2011
Restoran Tupai-Tupai Shah Alam (Mee hailam vs Hokkien Mee)

Perhatikan perbezaan diantara kedua hidangan di atas? Adakah anda dapat lihat sebarang perbezaan? Mungkin tidak kerana rupa keduanya 90peratus adalah sama. Jika diamati, terdapat perbezaan yang kecil pada mee nya.

Apa yang saya dan isteri minta ialah mee hailam dan hokkien yee mee. Bila hidangan diterima, kami berdua agak hairan kerana keduanya nampak sangat sama. Apabila ditanya kepada pelayan..beliau juga tidak pasti. Namun setelah pelayan tersebut bertanya kepada pelayan lain, pelayan tersebut dengan tidak acuh menjawab yang sebelah kanan itu ialah Hokkien Yee Mee dan kiri ialah mee hailam.

Isteri saya terus hilang mood untuk makan sebab menu yang dihidangkan bukan seperti yang diharapkan. Rasa pula…ala-ala lepas nak telan jer. Sedap? Jauh sekali. Harga? RM7.80 sepinggan.

Ini adalah kali pertama dan terakhir kami berkunjung ke Tupai-Tupai.

Apa pun..itu adalah pendapat peribadi saya dan isteri. Anda tidak perlu terpengaruh dengan “bad review” daripada saya.

Kesimpulannya, harga bukanlah faktor tetapi servis yang baik dan makanan yang enak akan membuatkan pelanggan berkunjung kembali dan rekomenkan kepada kawan yang lain.

Kalau macam kes saya..ENTAHLAH…tak nak saya rekomen kat kengkawan.

Update

Berikut di “link” kan pendapat blogger lain.
http://yanmieonline.com/2011/03/restoran-tupai-tupai-shah-alam-seksyen-13/

shah alamtupai-tupai restauranttupai-tupai review
Share

Blog  / Complaints  / Foods  / Lesson

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

4 Comments


izanman
12/11/2012 at 12:01 am
Login to Reply

as salam.. terbaca di blog anda mengenai Restoran Tupai Tupai di shah alam itu.. sebenarnya .. restoran nie pun dah lama saya senarai hitamkan daripada TEKAK saya dan suami saya…

kejadian kami sama seperti yang anda alami.. minta menu berlainan .. tapi bila dapat .. dari pandangan mata sama saja.. dan rasanya pun lebih kurang sama.. kejadian kali ke 2 saya jejaki restoran ini..

pertama kali.. kawan kawan ajak makan stimbot di sini.. so saya pun tak pernah tahu apa yang best stimbot kat situ.. pergi aja.. tapi hampa .. menu nya hanya sekadar bebola bebola yang boleh kita beli di pasaraya saja.. dan ada sedikit isi ayam itu je.. memang bad betul lah.. so tak akan jejak kaki lagi ke restoran tupai tupai nie.. tak kira lah cawangan mana sekali pun..

Nota … so far saya suka makan stimbot di seoul garden, cawangan ONE utama.. memang best..



    Khairul Abdullah
    12/11/2012 at 8:41 am
    Login to Reply

    W’salam Izanman,

    Saya memang tidak pernah ke sana sejak kejadian tu. Nasib kita serupa :). Saya tidak kisah makanan yang kurang enak di tekak saya – saya pasti tidak akan menulis atau membuat review pasal makanan tersebut..tetapi saya sangat pantang servis atau layanan yang acuh tak acuh ni.

    Nota…saya pula sangat suka stimbot di Johnnys.

nenetPenne
12/11/2012 at 9:52 am
Login to Reply

u should try tupai2 kat KL, dekat area Dewan Bahasa dan Pustaka..jangan kerana tak sedap kat tupai2 shah alam terus boikot semua..kat KL tu lagi byk pilihan dan bukan sekadar bebola daging yang kita boleh beli kat pasaraya..

in fact kalau u pegi makan seol garden tu, kat ioi mall memang dah tak best. manakala kat KL kat hiway tu i penah nampak ada lipas kat timbunan sayur2… mcmana tu?



    Khairul Abdullah
    12/11/2012 at 10:50 am
    Login to Reply

    Net…i tidak boikot pun dan tidak pernah menyarankan kepada sesiap sahaja untuk tidak pergi ke restoran tersebut bahkan untuk pukul rata mengatakan semua cawangan restoran tersebut memberikan layanan yang sama. I tak pegi sebab tak berminat. I tulis ni pun bukan sebab rasanya yang tidak kena pada tekak i…tapi customer service nye.

    I pernah tulis jugak pasal satu KFC kat Shah Alam jugak, bukan sebab makanannya..tetapi..again, customer servis nye. Then..datanglah pepatah “kerana nila setitik…”

    So…again, there is no issue on boycott the restaurant or it’s branches. Just a pissed off customer who paid for his food and didn’t treated well. A “sorry” word would be nice to hear at that time.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved