Kepada penderma, mohon tidak komen done atau sudah derma atau letak screenshot slip bank di mana-mana post saya atau post sesiapa sahaja selepas menyumbang.
Banyak buruk dari baiknya.
Ada mereka yang akan mengambil kesempatan. Mereka akan pm dan anda akan dihujani oleh mesej meminta bantuan. Mereka tahu anda ada duit dan mereka akan mencuba nasib.
Ramai yang mesej atau pm tersebut adalah mereka yang sudah dibantu. Mereka akan memohon di setiap post bantuan di sosial media. Mereka akan memohon di mana sahaja tempat yang ada memberikan bantuan.
Dengan itu, orang begini akan menerima ratusan dan ribuan ringgit dengan penderma yang bermurah hati atas cerita sedih dan simpati mereka.
Anda tiada cara untuk mengesahkan cerita mereka atau sudahkah mereka menerima bantuan dari sesiapa. Mereka yang mengambil kesempatan ini akan menerima keuntungan berkali ganda di waktu begini.
Orang yang benar-benar susah biasanya hanya mohon sekali sahaja dan tidak secara terbuka. Mereka juga tidak meminta-minta dan memaksa-maksa. Mereka juga tidak galak main FB memohon bantuan tanpa segan silu merata-rata.
Kami yang ada sistem menapis, menilai, tengok sosial media, check Google, check gambar, buat cross-check Mykad, Mykid, bank account pun kadang-kadang terlepas, apatah lagi kalian yang bergantung harap dengan cerita sedih semata.
Bantulah mereka yang benar-benar perlu dibantu.
Harap maklum.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
#InfakSusu
#U4U
Leave A Reply