• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bau Kenangan

22/01/2020

“Scent is the most powerful memory trigger.  Nothing is more memorable than a smell”

Itu perfume arwah isteri aku.

Dah tak banyak dah yang tinggal. Sesekali aku sembur kat bantal, agar tidur aku nyenyak, agar aku bangun pagi seseolah dengan seseorang.

Kau tahu, benda yang paling buat kau ingat, rindu dan terkenang orang yang sudah tinggalkan kau bukanlah barang-barang peninggalan dia yang kau nampak.

Tetapi bau.

Bila kau terbau sesuatu memori kau terus trigger kenangan kau.

Aku kalau bau rumput baru kena potong tu teringat kat sekolah aku.  Kalau bau hujan turun tu ingat sangat waktu zaman aku kecik kat kampung.  Semua bau pasti ada memori dia.

Aku yakin kau pun sama macam aku.

Tapi bau orang yang kau sayang ni paling kuat.  Bau anak-anak kau mesti kau kenal kan?  Apatah lagi bau waktu diorang baby.  Kalau kau tercium bau baby mesti kau rindu anak kau waktu diorang baby dulu.

Kau mesti boleh cam bau mak kau, bau ayah kau kan?

Walaupun kau dah lama duduk berjauhan dari diorang.  Sesekali kau berjalan dan kau terbau sahaja bau yang sama mesti terus kau ingat ayah atau mak kau.

Apatah lagi bau orang yang sepanjang dewasa kau hidup bersama dia.  Bau yang kau sentiasa rindu,

Entahlah, aku tak tau nak cerita macam mana.

Tapi kalau aku ingin merasa keberadaan dia bersama aku, maka perfume itulah jalannya.

Aku bahagia seketika.

#DiariSuperDaddy

Share

Blog  / Nostalgia

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

2 Comments


RLIM
23/01/2020 at 12:43 pm
Login to Reply

Been a long while since I checked in my own house. Am glad you are still active. Others have deactivated theirs.

Yes. Time passes. But moments linger.

Funny thing about Tears.
They do not differentiate between the good. And bad memories.

Blessed are those whose tears are shed for the good ones.



    Khairul Abdullah
    26/08/2020 at 5:52 pm
    Login to Reply

    Hi, thanks for visiting. Its been a while eh?

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved