Untuk mak ayah yang sedang mencari kekuatan di musim Covid19, saya sarankan untuk memiliki & membaca novel ini.
Sebuah novel inspirasi daripada sebuah hadis mengenai Ghulam dan tukang sihir di dalam Ashabul Ukhdud yang diceritakan dalam Surah Al-Buruj.
Penulisnya bukanlah seorang yang asing lagi iaitu Dr. Maszlee Malik, bekas Menteri Pelajaran kita. Beliau juga mengingatkan novel ini bukanlah olahan semula hadis tersebut.
Novel ini berkisar seorang budak, Ghulam yang lahir dari sebuah keluarga yang serba kekurangan. Impiannya untuk menjadi ahli sihir, dengan tujuan membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan telah membawanya kepada suatu perjalanan yang mengubah kepercayaan hidupnya.
Pertemuannya dengan Samuel sewaktu perjalanan ke istana untuk menuntut ilmu sihir, membuka “basirah” atau “insight” dirinya.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Haa yang tu korang kena baca sendiri, yer. Baru best!
Setiap ungkapan dalam novel ini membawa kita berkhayal gambaran peristiwa-peristiwa yang diceritakan. Tentang suasananya, persekitarannya, fizikal wataknya, pakaiannya dan bermacam-macam lagi. Dah macam dalam filem pulak.
Kalau dapat jadikan drama bersiri atau filem, memang best!
Pengajaran paling besar dan kuat ditekankan penulis dalam novel ini adalah kuasa Basirah. Apa dia Basirah?
Allah meyampaikan peringatannya menggunakan perantaraan di hadapan kita. Melalui tumbuhan, haiwan, segala benda termasuk manusia juga. Perantaraan ini sememangnya terlihat dengan mata bagi orang yang tidak buta, tapi peringatanNya hanya boleh dimengerti dengan Basirah.
Ramai yang hanya memandang dengan mata, tetapi tidak dengan mata hati apabila berlaku sesuatu.
Begitulah.
Dapatkan novel Be Eshmi Elohim – Sang Penuntun Hati karya Dr. Maszlee Malik ini dengan harga RM28 sahaja.
Ehhh, bagi anak-anak yang dah tepu dengan PDPR tu mak ayah boleh belikan set melukis ini. Kurangkan sikit aktiviti gajet diorang tu yer. Harga cuma RM39/set.
So, dapatkanlah keduanya yer. Bagi anak-anak melukis dan kita layan novel. InshaAllah banyak ibrah yang kita dapat dari novel ini.