• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bedtime Stories – Cerita Tulang

18/06/2020

“Daddy, there are 206 bones in our body.  Which one is the biggest?”

“Err, I know the smallest one.”

“Yes, the smallest one is in our ear.  But what is the biggest one?”

“I know too.  This one.”

Aku pun tunjuk kat peha.  Sepanjang pengetahuan aku itu tulang paling besar dan panjang kot.  Aku tak tau nama saintifik dia apa.

“This is called thighbone is the biggest and longest.”

“Ohh.  What is inside the bone?  What bones are made of, daddy?”

“Bones are made of collagen and calcium.”

“What is calcium daddy?  Is it in the milk?”

“Yes, milk is rich in calcium so it helps your bone to grow bigger and longer.”

“What collagen do, daddy?”

Hmmm.

Bersambung-sambung oih soalan dia.

Jomlah kita sama-sama belajar pasal tulang sikit malam ni yer.

Yer tulang adalah benda hidup okeh.

Ia dihasilkan dari kolagen yang membentuk rupa dan struktur lembut tulang manakala kalsium adalah mineral yang memberi kekuatan kepada tulang.  Kombinasi kolagen dan kalsium inilah yang memberi bentuk dan kekuatan serta fleksibiliti kepada tulang.

Haa, simple jer, kan?

Now the fun facts:

1. Memang benar gais, tulang paling besar dalam badan kita ni adalah tulang peha.  Nama dia Femur.  Ia adalah tulang yang menanggung berat badan manusia. Panjangnya adalah ¼ dari ketinggian kita.  Kekuatan dia boleh menahan tekanan berat antara 800kg-1115kg.

2. Memang benar juga kita ada 206 tulang.  Tapi waktu kita lahir kita ada 300 tulang. Tulang yang kecil akan bercantum dan menjadi tulang besar sampailah umur kita 25 tahun.  Lepas tu tumbesaran tulang dah stop.  Takde chance nak tinggi lagi dah.  So jangan terpedaya bila orang jual ubat untuk bagi tinggi kat korang.

3. Lebih daripada separuh jumlah tulang kita iaitu 106 ada di tangan dan kaki.  Yer, ada 27 di sebelah tangan dan jari dan ada 26 disebelah kaki.  Darablah dua.

4. Tulang paling kecil ada dalam telinga tengah.  Dia ada set 3 tulang kecil yang dipanggil Ossicle dan yang paling kecil nama dia Stapes.  Tulang ni bergetar apabila gegendang telinga bergetar dan dia bagi cecair dalam koklea turut bergetar dan menghantar isyarat kepada otak untuk ditafsirkan bunyinya.

5. Kolagen dalam tulang akan sentiasa diperbaharui dan setiap tahun 10% dari tulang kita diperbaharui.  Jadi dalam masa 10 tahun kita sebenarnya dapat seluruh set tulang baru.

6. Tulang memerlukan masa selama 12 minggu untuk sembuh.  Jadi bila tulang patah atau retak, darah beku akan mula berkumpul di bahagian tersebut dan kalus lembut yang sebahagian besarnya kolagen mula terbentuk.  Selepas 2 minggu kalus keras pula mula terbentuk dan tulang pun bercantum kembali.  Sebelum tu kena gi sepital untuk doktor betulkan dulu alignment dia yer.

7. Satu-satunya tulang yang tak bercantum dengan tulang lain adalah tulang Hyoid. Dia bentul U kat bawah dagu dan dia support lidah dan peti suara. Korang Google lah nanti yer.

8. Tulang di jari kaki paling kecil adalah yang paling mudah patah.

Now you know.

So, aku ni tak suka minum susu.  Jadi adakah sebab tu aku tak berapa cukup tinggi?

#SuperDaddy
#SuperKids
#BedtimeStories
#NowYouKnow

Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved