“Daddy, is French Fries made by French?”
“Yes of course. That’s why the name have French in it.”
“Are you sure, daddy?”
“Errrr..”
Aduhh, bila dia tanya gitu terus aku jadi tak sure.
Sebenarnya aku tak tahu pun. Dah nama French, aku agak mestilah orang Perancis yang buat dia asalnya, kan?
Tapi takpe, aku cari jugak jawapan.
Haha, banyak artikel kata French Fries ni asal dari Belgium. Banyak juga kata France dan Belgium dok bergaduh mengaku yang benda alah tu asal dari negara depa.
Alahh macam kita berebut claim nasi lemak jugaklah, semua depa mengaku asal dari negara depa, kan.
Kentang ni asalnya datang ke Eropah ni di Sepanyol dulu, kemudian Italy dan lepas tu baru sampai ke negara lain sekitar dia. Katanya orang Belgium yang mula-mula potong dan goreng kentang ni. Tapi orang Perancis marah kalau dengar ni, depa kata depa yang mula dulu.
Kah kah kah.
Depa dua tu negara jiran, okeh. Sama macam kita jugak.
Tapi kenapa French kalau ramai kata Belgian yang mulakan dulu?
Sebab askar Amerika waktu perang dunia 1 yang nampak orang kampung makan fries ni di selatan Belgium bersempadan dengan France. Orang situ bercakap bahasa Perancis sebab duduk sempadan. So askar Amerika ni pun panggil benda alah tu French Fries.
Okeh, now the fun facts:
1. Orang masih bergaduh samada french fries berasal dari Perancis atau Belgium. Namun pendapat ramai mengatakan yang ianya berasal dari Belgium. Dan Belgium tengah fight untuk dapat status Cultural Heritage dari Unesco.
2. Ada muzium khas di Belgium untuk benda alah fries ni, okeh. Dan depa adalah orang yang paling banyak makan fries di dunia.
3. Terdapat lebih dari 18 jenis french fries di dunia. Shoestring, Belgian, Standard, Crinkle, Waffle, Wedges, Steak dan macam-macam lagi.
4. French fries ni sebenarnya berkhasiat jugak walaupun depa kata fast food ni makanan teruk. Dia sebenarnya masuk kategori sayur dan sayur ini adalah makanan paling digemari kanak-kanak.
5. Di negara seperti Belanda, Kanada, China dan Australia ada vending machine jual french fries, okeh. Takyah beratur kat McD atau KFC dah.
6. Fries yang besar dan tebal adalah kurang lemak berbanding yang kecik dan rangup tu. Lemak banyak duduk kat bahagian rangup tu. Yang kat dalam lembut tu hanyalah kanji.
7. Fries yang ada kulit tu ada banyak vitamin. Bila buang kulit vitamin pun hilang. Jadi kalau nak buat sendiri kat rumah sila jangan kupas kulit.
8. Nak bakar kalori dari fries McD saiz sederhana yang baru kita makan tu kita kena kayuh basikal 58 minit atau aerobik 47 minit.
Tudiaaa.
Now we know.
Leave A Reply