“Daddy, our skin are made of what?”
“Errr..”
“Can we change our skin colour?”
“Err cannot, we were born with that colour. Perhaps when we expose ourself to the sun our skin will be darker.”
“Why daddy? How?”
“The sun ray has ultra violet that make our skin produce melanin that make it darker.”
“What is ultra violet, daddy? What is melanin?”
Aahh jenuh.
Daddy tau takat tu jer. Moh ler daddy Google dan kita sama-sama belajar pasal kulit malam ni yer.
Okeh jom.
Kulit kita ni terdiri dari banyak komponen antaranya air, lipid (makrobiomolekul), protein, mineral dan juga bahan kimia. Kulit kita ada 3 lapisan.
A. Lapisan paling atas atau paling luar dipanggil Epidermis, yang kita dok sentuh setiap hari. Lapisan nilah ada melanin, yang bagi warna pada kulit kita. Bila kena matahari, melanin ni teroksida (teroksida ni macam pisang bila kita buka kulit dan biar lama dia jadi hitam).
B. Lapisan kedua yang berada di tengah adalah Dermis. Lapisan ni yang menentukan kekuatan dan ketegangan kulit. Lapisan ni ada 2 protein utama iaitu elastin dan kolagen. Lapisan ni jugalah ada saraf, pembuluh darah dan bermulanya folikel bulu roma dan juga liang peluh.
C. Lapisan ketiga yang paling bawah adalah Subcutaneous. Lapisan ni adalah lemak dan sel kolagen. Lapisan ni mengekalkan suhu badan dan juga menyerap hentakan dan melindungi bahagian dalaman kita. Bila tisu di lapisan ni mula merosot maka kulit akan kedut, mengendur dan menggelebeh. Errr boleh ke makan kaki ayam banyak-banyak untuk dapat kolagen?
Kompleks dan rumit rekabentuk kulit ni tau.
Now the fun facts:
1. Kulit adalah organ terbesar pada tubuh manusia. Kulit manusia dewasa jika dibentangkan akan merangkumi kawasan seluas 21 kaki persegi dan beratnya adalah 4 kilo.
2. Salur darah dalam kulit kita jika disambung semuanya adalah sepanjang 17.7km.
3. Kulit kita paling tebal di kaki iaitu 1.4mm dan paling nipis adalah di kelopak mata iaitu 0.2mm.
4. Setiap 28-30 hari kita mendapat kulit baharu. Semua sel kulit kita telah diperbaharui.
5. Kulit kita sentiasa mengeluar dan menggugurkan sel-sel kulit mati antara 30,000-40,000 sel setiap minit. Iaitu 4 kg lebih setahun.
6. Ada sumber menyatakan yang separuh daripada habuk dalam rumah kita tu adalah sel kulit mati.
7. Kulit kita adalah rumah kepada lebih 1,000 spesis bakteria. Namun semua bakteria ni baik-baik belaka dan diperlukan oleh sistem tubuh kita.
8. Ada saraf dalam kulit yang bersambung terus pada otot dan bukan ke otak untuk refleks yang lebih cepat. Dia hantar signal melalui tulang belakang untuk refleks seperti panas, sakit dan lain-lain.
9. Perut dengan kulit kita ni kawan baik. Kalau perut tak sihat, efek dia akan nampak pada kulit. Jadi nak kulit cantik, kena jaga perut baik-baik.
10. Kulit kita ni dia macam termostat yang menjaga suhu badan. Kalau cuaca panas, dia akan activate liang peluh bagi sejukkan badan. Jika cuaca sejuk pula dia buat salur darah di kulit akan mengecil agar darah yang panas tak sampai ke kulit yang menyebabkan suhu badan jatuh.
Awesome kan?
Now we know.
Leave A Reply