• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bedtime Stories – Poop

08/06/2020

“Daddy, what are poop made of?  How it was made?”

“Oh maannnnn.”

“Daddy, is it poop made of food?”

“Yes it was.  You know how it works, right?”

“I know.  When we eat, food got into our stomach and got breakdown and get into small intestine and then into large intestine.  And after that daddy?  It became poop?”

“Yes.  See you know it already.”

“But, why daddy?  Why we eat and it became poop?”

Aduhh.  Daddy pun tahu takat tu jer nak oii.  Macam biasa kita belajarlah sama-sama walaupun topik ni macam menggelikan.

Okeh, begini.

Makanan masuk ke dalam mulut dan air liur sudah mula bekerja untuk memecahkan enzim memberi rasa dan juga memudahkan makanan ditelan.

Lepas tu makanan akan melalui esophagus sepantas 2 inci sesaat untuk masuk ke dalam perut.  Perut kita ni kat atas tau, dekat dengan dada.  Kat dalam perut, makanan tadi akan diproses oleh jus pencernaan dan dihancurkan.  Kini dia separa cecair.

Selepas diproses, separa cecair tadi dipanggil “chyme” iaitu campuran makanan hancur berserta asid hidroklorik akan turun pergi ke usus kecil.  Di sini dia proses lagi dengan jus pencernaan dari pankreas dan hati dan dia akan ditolak ke seluruh usus kecil.

Benda alah usus kecil ni panjang berlingkar, bila campuran tadi melalui lingkaran ni, dinding dia akan menyerap air dan juga nutrien ke pembuluh darah.  Waktu ni segala khasiat dalam makanan tu dibawa ke seluruh badan.

Lepas tu dia akan sampai ke usus besar.  Di sini bahan tadi diasingkan antara cecair dan pepejal.  Yang pepejal tu adalah sisa yang tak dihadam berserta segala jenis bakteria yang masih hidup atau yang telah mati.

Akhirnya sisa pepejal tadi ditolak masuk ke rektum dan disimpan sehinggalah masanya tiba untuk menyahut panggilan alam dan dikeluarkan.

Fuhh, jauh perjalanan dia kan?

Now, the fun facts:

1. Poop (bahasa comel sikit) sebahagian besarnya adalah bakteria yang diangkut dari usus dan selebihnya adalah makanan yang tak boleh hadam seperti selullosa.  Waktu keluar tu masih ada bakteria yang hidup.

2. Poop lazimnya berwarna coklat disebabkan sejenis kimia dipanggil stercobilin yang dilepaskan oleh hempedu untuk mencerna lemak dan juga hasil dari sel darah merah.  Tanpa stercobilin, poop akan berwarna kelabu keputihan.  Macam kucing punya.

3. Kata pakar, poop yang bagus adalah berwarna seperti coklat yang dicairkan.

4. Proses poop lelaki dan perempuan adalah berbeza.  Perempuan punya lebih struggle sebab usus besar dia lebih panjang. P oop jauh nak transit oihh.

5. Good poop adalah yang panjang berterusan dan tenggelam.  Mesti tenggelam okeh. Haishhh.

6. Rahsia untuk poop yang baik ialah makan sayuran yang tinggi fiber.

Fuhhhh.

Now we know.

#SuperDaddy
#SuperKids
#BedtimeStories
#NowWeKnow

Share

Believe It or Not  / Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved