Ramai orang bertanya dengan abang pasal kesukaran untuk berkomunikasi ketika di Eropah. Abang pelik jer dengar. Kat mana yang sukar abang pun tak tahu.
Katanya kalau di Perancis, diorang tak layan kalau kita bertanya dalam bahasa Inggeris, sama juga di Jerman, Itali dan sebagainya. Kalau nak tanya baik cakap Melayu jer dengan diorang baru diorang nak layan kita, katanya.
Ohhh, bukannya semua begitu dik. Kalau nasib adik baik, jumpa orang yang nak menolong maka adik tanya dalam bahasa Jawa pun dia akan tolong. Tapi kalau jumpa yang jenis taknak tolong, adik speaking French berabuk pun dia tetap tak layan juga.
Kena tahu jugak yang orang Eropah ni sangat bangga dengan bahasa ibundanya. Jadi sebolehnya diorang nak cakap bahasa dia. Bukannya diorang tak tahu yang muka kita ni muka warga asing atau pelancong kan, tapi dia tetap jugak nak cakap bahasa dia dengan kita.
Tapi kan, abang ada satu tips lah.
Apa yang abang buat adalah, belajar bahasa diorang. Bukannya belajar sampai fasih dan speaking berabuk, tetapi cuma sekadar beberapa patah perkataan.
Contohnya ucapan Hello, terima kasih, selamat pagi, selamat petang dan sebagainya. Semua tu perkataan asas sahaja. Satu bahasa belajarlah 3-4 patah perkataan.
Jadi apabila di Perancis, sesat jalan dan nak bertanya orang maka sapalah dengan “Bonjour” ataupun “excusez moi” contohnya atau kalau di Jerman sapalah dulu dengan “Guten tag” atau Hallo sahaja. Kalau pandai sikit boleh sebut “entschuldigung” dan kemudian lepas tu korang sambung la cakap omputih.
Ini adalah sekadar untuk ambik hati diorang.
Abang kerap guna tricks ni dik. Abang sesat tengah malam di tengah ladang zaitun di Florence, Itali pun abang boleh survive sebab ramai jer orang yang tolong abang.
Bila kita berusaha sedikit untuk cakap bahasa diorang maka diorang pun ada ler usaha sedikit nak tolong kita.
Kita pun kalau ada mat atau minah salleh datang kat kita cakap “Hello encik, boleh tolong saya?” kita pun rasa seronok sebab diorang ada inisiatif belajar sepatah dua bahasa kita.
Jadi kita pun boleh buat macam tu. Tak rugilah belajar 2-3 patah perkataan untuk kebaikan diri kita sendiri.
Jadi toksah takut lah nak pergi kembara ke mana-mana, waima ke Jepun, Korea, China atau Bangladesh sekalipun.
Belajarlah dan jangan pernah takut untuk mengembara.
Namun, kalau terdesak sangat pakai jer isyarat tangan. Pasti semua orang boleh faham.







Leave A Reply