• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bendera Jerman

01/03/2017

Adalah sukar untuk melihat bendera Jerman berkibaran dari jendela rumah atau di hadapan bangunan dan sebagainya. Orang Jerman tak kibarkan bendera. Bukannya mereka tidak patriotik.

Katanya orang Jerman masih ada perasaan segan dengan sejarah hitam negara mereka. Bendera hanya boleh dilihat berkibaran di tempat-tempat tertentu seperti di bangunan parlimen contohnya.

Ketika hari Penyatuan Jerman yang disambut pada setiap 3 Oktober pun masih sukar melihat bendera Jerman dikibarkan.

Kalau nak juga tengok bendera Jerman berkibar maka kena tunggu ketika Piala Euro ataupun Piala Dunia. Kalau ada perlawanan dan menang pula maka berkibarlah bendera dari jendela setiap rumah di seluruh Jerman.

Sampai macam tu sekali.

Kita ni pun mujur juga ada juga bendera berkibar di dataran-dataran, di hadapan bangunan-bangunan dan sebagainya. Di semua bangunan kerajaan pasti nampak bendera berkibar.

Namun, ketika sambutan Hari Kemerdekaan nampaknya dah semakin kurang sangat kelihatan bendera berkibar di kereta, di balkoni atau di tingkap rumah. Bukannya tak ada tapi kurang sangat berbanding dulu-dulu.

Dah tak patriotik ke orang kita ni? Atau segan dengan sejarah hitam jugak kot gamaknya.

Atau mungkin kena tunggu Piala Dunia juga baru boleh tengok Jalur Gemilang berkibar megah dari balkoni dan tingkap setiap rumah?

Entahlah…

#ceritajerman
#khairulabdullah

Share

Believe It or Not  / Blog  / Cultural  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved