• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Biarkan Bayi Menangis

16/08/2016

“Kenapa didukung bayi tu?” tanya salah seorang dari dua wanita berusia sekitar 60an ketika melihat saya mendukung bayi saya yang sedang menangis.

“Dia tengah menangis, berak gamaknya sebab tu saya dukung” jawab saya jujur.

“Masukkan balik ke dalam stroller tu” tegur salah seorang dari mereka.

“Kan dia tengah menangis ni” balas saya balik.

Seterusnya berlangsunglah beberapa dialog ringkas bersama wanita-wanita tersebut.

Kata mereka, bayi memang kerjanya menangis, biarkan begitu. Masukkan balik ke dalam stroller kerana lebih selamat. Lagipun kalau bayi menangis awak hilang fokus dan terlepas maka bayi boleh cedera.

Saya akur lalu masukkan kembali bayi saya yang baru berusia 3 bulan itu ke dalam stroller lalu bergegas mencari bilik persalinan bayi untuk menukar lampinnya.

Kejadian tersebut berlaku di Kota Berlin ketika saya membawa anak dan isteri bersama untuk tugasan out-station saya. Selepas kejadian tersebut saya tidak pernah lagi mendukung bayi saya di khalayak ramai di Jerman kecuali di dalam rumah sahaja.

Orang Jerman ni sangat menitikberatkan keselamatan. Kalau dia nampak kita tolak stroller naik eskalator pun kena marah apatah lagi kalau bawa anak dalam kereta tetapi tidak duduk di dalam car seat dan tidak dipakaikan seatbelt.

Kalau bersalin kat hospital dan bila nak bawa balik baby tu pun diperiksa yang kita dah masukkan baby ke dalam carseat dan dipakaikan seatbelt dengan betul. Bila nurse check semua ok baru dibenarkan balik. Kalau takde carseat jangan harap lah nak bawa balik baby naik kereta.

Jadi anda kalau datang ke Jerman pasti jarang sangat dapat melihat bayi didukung begitu sahaja tanpa carrier atau wrapping dan juga tidak akan dapat melihat kanak-kanak melompat kegirangan di dalam kereta atau bergurau senda dengan ibu atau bapa di kerusi hadapan apatah lagi duduk di atas riba dan memandu bersama si bapa.

Orang tak buat bukan sebab takut kena saman, tetapi pentingkan keselamatan. Kalau pun tak takut polis, mereka akan ditegur oleh orang ramai yang nampak perbuatan tersebut.

Jadi kalau kita tengok statistik kemalangan maut di Jerman, memang jarang sangat ada kes mati tercampak keluar kenderaan ni baik orang tua maupun kanak-kanak.

Kat Malaysia, asal mati eksiden jer mesti kebanyakannya tercampak keluar, asal tercampak keluar jer mesti mati eksiden.

Takpelah, dah ajal kan? Pakai seatbelt pun mati jugak yer tak?

Itulah jawapan atau ulasan kebanyakan pemandu dan ibu bapa di Malaysia.

Hmmm..Entahlah.

#mentalitijamban
#jomubahsikap
#seatbeltuntuksemua

Nota: Statisitik kematian akibat kemalangan jalanraya di Malaysia adalah 250 orang bagi setiap sejuta penduduk setahun manakala di Jerman hanya 39 orang sahaja bagi setiap jumlah penduduk dan di dalam tempoh yang sama.

Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience  / Parenting  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved