• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

“Bihun Sup Utara Sambal Merah Tak Sama Macam Geng Joho Sambal Kicap” oleh Superdaddy

20/07/2021

Raya korban ni biasanya banyaklah stok daging yer dak?

Bolehlah cuba buat Bihun Sup Utara ni. Bihun kami wajib kaler kuning dan kami tak guna sambal kicap macam hampa, kami guna sambal merah.

Nak buat dia pun senang yakmat.

Nah resepi “Bihun Sup Utara Sambal Merah Tak Sama Macam Geng Joho Sambal Kicap” oleh Superdaddy Khairul Abdullah.

Allahu panjang pulak nama dia.😅

Bahan-bahan untuk sup:

300-500gm atau lebih daging bersama tulang.
1 ketul sup bunjut Cap O – https://shp.ee/mc7mn9g
2 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah ditumbuk

Cara nak buat sup:

1. Masukkan semua sekali dalam pressure cooker kalau ada dan tambah air ikut banyak mana sup kita nak. Set timer dalam 35 minit dan tekan on.

2. Dah siap, masukkan garam dan gula jika perlu. Keluarkan isi daging dan potong kecil.
Siap.

Bahan nak buat sambal merah:

½ cawan serbuk cili – https://shp.ee/s4m853q
2 ulas bawang putih diketuk
2 ulas bawang merah dketuk
1 sudu kecil pes asam jawa atau boleh guna asam keping atau cuka
½ ketul gula melaka atau gula merah
1 sudu kecil garam

Cara nak buat dia:

1. Panaskan 5 sudu minyak dan tumiskan bahan ketuk sehingga harum dan masukkan cili powder yang dibancuh dengan air. Kacau sampai pecah minyak beberapa kali. Lagi lama lagi umpph.

2. Kemudian masukkan pes asam jawa, gula dan garam. Kacau sebati dan siap.

Cara nak sediakan bihun:

1. Didihkan air dan masukkan 1 sudu serbuk kunyit. Lepas tu masukkan bihun. Kacau sebati dalam seminit lebih terus angkat dan toskan.

2. Selepas toskan siram dengan air sejuk.
Siap dan hidangkan.

Masukkan bihun, masukkan sup dan tambahkan bahan berikut di atasnya.

Potongan daging
Tauhu goreng dipotong kecil
Bawang goreng
Potongan daun sup
Potongan daun bawang
Lobak masin
Potongan limau

Siappp.

Senang ngat aihhh.

#superdaddy
#bihunsuputara

P/S: Banyak lagi resepi aku yang simple mudah dan cepat di Instagram @mynameiskhairul

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Peoples  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved