• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bijakkah Pelajar Kita? Perhatian kepada Practical Student

05/05/2011

Semalam saya menerima satu email. Begini bunyinya :-

“Need immediate attention and call me XXX-XXXXXX”. Saya terlepas pandang subjek email (kerana membaca melalui telefon) dan saya sangkakan ianya email dari pelanggan saya, memandangkan alamat email dari individu dan bukannya spam.

email pertanyaan tentang latihan praktikal 1

Bersama email tersebut dilampirkan surat. Ia merupakan surat permohonan untuk menjalankan latihan amali (internship) di firma saya. Tidak dinyatakan tarikh bila latihan hendak dijalankan kecuali dinyatakan nama serta kursus yang beliau ikuti di sebuah universiti terkemuka. Kebetulan saya adalah bekas pelajar universiti tersebut.

Saya kecewa. Email tersebut seolah-olah “mengarahkan” saya agar memberi maklumbalas segera kepada beliau. Siapakah beliau untuk mengarahkan saya?

Beberapa minggu kebelakangan ini saya menerima banyak permohonan untuk menjalani latihan amali atau praktikal di firma kecil saya ini. Tiada satu pun permohonan yang saya terima memuaskan hati saya. Bukan saya memilih orang atau pencapaian akademik yang bagus untuk saya terima, tetapi cara permohonan.

email pertanyaan tentang latihan praktikal 2

Polisi syarikat saya amat mudah, “first come, first served”. Saya hanya mempunyai 2 atau 3 kekosongan setiap penggal untuk pelajar menjalani latihan amali. Siapa yang pohon dulu dia yang dapat. Tak kira samada pelajar cemerlang ataupun tidak, lelaki atau perempuan, kurus atau gemuk..semuanya saya terima. Kerana bagi saya, setiap pelajar patut diberikan peluang sama rata.

Tetapi saya cukup tidak suka dengan sikap pelajar kita sekarang. Pohon tempat untuk praktikal selama 2-3 bulan macam nak beli nasi lemak tepi jalan. Tidakkah mereka terfikir yang latihan amali adalah proses sebenar yang perlu dialami di alam pekerjaan. Untuk memohon sesuatu kerja atau jawatan, adakah hanya angkat telefon atau email “En. Khairul, ada kerja kosong tak?” Adakah itu cukup untuk memenangi hati saya untuk memberikan awak kerja?

Salahkah jika mereka mengambil sedikit daya usaha atau “effort” untuk menulis email secara rasmi? atau menelefon dan bercakap secara rasmi? Atau mereka tidak diajar untuk berbuat demikian? Kalau universiti tak ajar takkan ibubapa pun tak ajar? Payahkah untuk menulis atau bercakap sekurang-kurangnya begini?

[quote]

Salam Tuan/Puan,


Saya Siponen binti Sipolan seorang pelajar Tahun 3 jurusan Lukis Melukis di Universiti Best. Saya sedang mencari tempat untuk menjalani latihan amali dari 15 Mei 2011 sehingga 15 Julai 2011 selama 3 bulan. Sekiranya di tempat tuan/puan mempunyai kekosongan untuk tujuan tersebut, dan sesuai dengan jurusan yang saya ambil, bolehkah saya memohon?.

Terima kasih.
Siponen binti Sipolan

[/quote]

Sekurang-kurangnya ayat sebegitu akan memberi tanggapan awal kepada saya bahawa penulis email tersebut adalah seorang yang “pakai otak” dan belajar di uinversiti. Tetapi hampir kesemua pemohon, termasuk yang sedang menjalani latihan di firma saya sekarang hanya memohon secara ala kadar. Selepas dihubungi dan diminta mengemukakan dokumen-dokumen yang perlu untuk diproses, dihantarnya resume. Selepas dihubungi lagi, dihantarnya surat pengesahan pelajar, dan seterusnya.

Proses yang sepatutnya mengambil masa 1 hari menjadi 4-5 hari dan menyusahkan untuk diri sendiri serta orang lain.

Yang lebih teruk, satu “template” email dan surat di email kepada banyak syarikat tanpa rasa bersalah untuk menukar tajuk dan alamat surat. Saya menerima satu email bertanyakan tentang latihan amali. Emailnya ringkas dan bunyinya begini. “Saya ingin memohon menjalani latihan praktikal di syarikat tuan. Disertakan surat dan resume saya.” Habis. Email kepada saya adalah di”forward” dari email yang telah beliau hantar ke syarikat lain sebelum ini. Saya pun baca isi kandungan surat permohonanya. Surat tersebut ditujukan kepada KRU, syarikat adik beradik yang glamour tu tetapi dikepilkan kepada saya.

Gamaknya apa perasaan saya? Tidakkah beliau terfikir (sebagai seorang yang berpendidikan universiti di tahun akhir) yang surat begitu akan terus melenyapkan peluang beliau? Seolah-oleh tulis surat cinta kepada Ayu tetapi hantar kepada Shila. Pasti Shila akan melenting dan tinggalkan beliau. Jadi, saya tidak melayan permohonan tersebut, walau sebagus manapun dia. Saya perlukan “attitude” yang bagus untuk bekerja dengan saya.

Kepada para pelajar yang masih belum menjalani latihan praktikal dan akan menjalaninya nanti, sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :-

1. Ubah persepsi anda – anggaplah permohonan untuk menjalani latihan amali ibarat anda memohon pekerjaan. Anda perlu “impressed”kan bakal majikan anda.
2. Buat pertanyaan melalui telefon atau email secara rasmi. Seeloknya buat surat rasmi dan lampirkan bersama email anda. Email juga harus ditulis dengan bahasa dan ayat yang sesuai.
3. Pastikan beberapa perkara berikut dinyatakan di dalam permohonan awal anda. (Sangat penting)

  • Nama
  • No Telefon / Email
  • Universiti
  • Kursus
  • Tarikh Latihan – dari, sehingga

4. Sekiranya mendapat jawapan dari syarikat yang dipohon. Silalah kemukakan dokumen-dokumen berikut :-

  • Surat rasmi permohonan anda (individu)
  • Surat rasmi dari universiti anda (menyatakan dengan jelas tentang keperluan latihan amali serta pengesahan diri anda)
  • Resume anda

5. Sekiranya semua dokumen anda sudah diproses dan mendapat surat tawaran dari syarikat. Silalah balas email mereka dan ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda. (Susah sangatkah nak ucap terima kasih?)

Mungkin ada yang beranggapan ini adalah perkara remeh. “Alah, benda simple tu pun nak kecoh”. Tetapi ingatlah GENERASI Y, anda berada di pihak yang memohon bukan memberi. Bahasa anda mencerminkan siapa anda. Jadi ingatlah, budi bahasa yang baik mencerminkan siapa diri anda dan tahap kebijaksanaan anda. Jangan ingat anda boleh gunakan bahasa yang sewenang-wenangnya apabila berurusan secara rasmi seperti menulis sms kepada kawan atau update status di facebook dan blog anda!

Adakah anda seperti mereka? ENTAHLAH..I dont know. I really hope not.

Nota : Sekiranya anda merasakan yang artikel ini perlu dikongsi, sila klik Facebook Like Button —>

etika memohon kerjaetika memohon praktikalinternship applicationinternship programmelatihan amalipermohonan latihan praktikalpractical student
Share

Blog  / Guides  / Knowledge  / Lesson

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

57 Comments


Syimama
05/05/2011 at 5:33 pm
Login to Reply

Salam..ya, kita lihat pelajar kita sekarang ramai yang terlalu ambil mudah, kurang memikir apa kata orang lain dan memandang remeh perkara-perkara begini.



khairul abdullah
05/05/2011 at 5:54 pm
Login to Reply

Syimama..tepat sekali. Itulah Generasi Y..yang dilahirkan di dalam keadaan serba mewah dan moden..



Kay Masingan
06/05/2011 at 1:10 am
Login to Reply

salam. ..kesalahan ini bukan semata-mata kita beratkan kepada pelajar itu. kemungkinan besar pensyarah juga tidak membimbing mereka bagaimana cara untuk memohon tempat pratikal dengan sopan. kalau harapkan pelajar sahaja, nah beginilah jadinya. mereka akan berbahasa mengikut bahasa harian mereka.
dulu di uni tempat saya belajar, pada tahun terakhir sebelum menjalani latihan industri, pensyarah kursus kami pada ketika itu telah mengajar cara menulis resume serta cara menulis surat memohon tempat pratikal.- siap ada assigment lagi untuk buat resume dan juga surat. Dari situ belajar cara apply kerja, grooming. tips ke interview.



khairul abdullah
06/05/2011 at 2:10 am
Login to Reply

Salam Kay,

Saya berpendapat, tatacara atau adab memohon pekerjaan, praktikal, pinjaman atau sebagainya adalah sama, mestilah berbudi bahasa. Itulah dianjurkan oleh budaya kita serta agama kita, penuh dengan adab dan kesopanan.

Itu adalah perkara asas dan dididik dari kecil oleh ibu bapa. Adalah tidak wajar sekiranya pihak universiti dipersalahkan kerana tidak mengajar atau memperkenalkan kurikulum atau matapelajaran tentang adab dan asas menulis surat atau memohon pekerjaan.

Generasi Y, perlu lebih berdikari dan mempunyai inisiatif. Kalau mereka boleh ber"facebook" selama 2-5 jam sehari, tidak bolehkah untuk "google" cara untuk menulis surat rasmi, cara untuk memohon kerja atau praktikal yang mengambil masa hanya 10-30 minit sahaja?

Semuanya terletak kepada pelajar itu sendiri. Kepada para mahasiswa/siswi, janganlah mengharapkan semuanya hendak disuapkan kepada anda. Jadilah pelajar yang pro-aktif dan berinisiatif. Dengan itu ada akan menjadi pelajar dan insan yang cemerlang.



Anonymous
06/05/2011 at 4:19 am
Login to Reply

Tuan,

Rasanya tuan kena buat satu blog "etika memohon kerja/tempat praktikal". Saya pun banyak nampak surat permohonan bagai satu nota kat awek dia je!

Pelajar tersebut membawa nama institusi tempat dia belajar. Begini kah kualiti pembelajaran U sekarang?



khairul abdullah
06/05/2011 at 6:19 am
Login to Reply

Salam Anon,

Insyaallah saya akan pertimbangkan cadangan tersebut. Membuat blog itu mudah tetapi untuk memastikan isikandungannya itu tepat dan sesuai dan sentiasa dikemaskini agak sukar untuk saya yang bukan blogger sepenuh masa. Tetapi demi masa depan anak bangsa, insyaallah saya akan usahakan. Terima kasih atas cadangan.



basillus
07/05/2011 at 5:18 am
Login to Reply

pelajar ni dalam pra matang lg……blm cukup matang…



khairul abdullah
07/05/2011 at 10:01 am
Login to Reply

Basillus,

Saya setuju yang mereka belum matang, tetapi takkanlah nak tunggu sampai umur 28-30 tahun baru nak matang. Its too late by then. Seingat saya dalam 10 – 12 tahun dulu, para pelajar yang memohon praktikal sangat teliti dan lengkap dengan segala dokumen. Surat mereka juga lengkap dan jelas.

Saya merasakan yang bukanlah kematangan yang jadi isu, tetapi cara hidup,pergaulan serta komunikasi (telefon, smsm, email, facebook dan twitter)generasi ini di zaman internet ini menjadikan mereka begitu.



Nasa
07/05/2011 at 1:10 pm
Login to Reply

Saya sebagai graduan universiti Generasi Y mengakui kebenaran senario ini dan sangat malu dengan dengan graduan sebaya saya. Mereka tidak tahu membezakan situasi formal dan tidak formal.

Segelintir graduan peringkat sarjana (Masters dan PhD) pun ambil mudah hal ini.



khairul abdullah
07/05/2011 at 1:23 pm
Login to Reply

Nasa,

Jadikan ini sebagai satu iktibar kepada kita semua. Sejauh mana pun teknologi moden di dalam komunikasi seharian kita, adab dan kesopanan haruslah dijaga. Keperibadian kita bukan diukur dari kepandaian dan kebijaksanaan tetapi adab sopan dan tutur kata yang baik.



sum1
07/05/2011 at 11:56 pm
Login to Reply

benar sekali..saya suka artikel begini, memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar universiti.



khairul abdullah
08/05/2011 at 1:53 am
Login to Reply

Sum1,

Sehari dua ni saya masih menerima permohonan dari para pelajar..dan alhamdulillah, mereka sudah sedar dan berubah (mungkin sudah terbaca artikel ini). Email dan surat permohonan mereka menyejukkan hati saya.



Anonymous
14/05/2011 at 7:33 pm
Login to Reply

Cara permohonan saja sudah memberi persepsi tentang personaliti mereka. First impression is very important!

Oh tak lupa juga attitude semasa latihan amali. Ingatlah ini bukan universiti/kolej lagi. Etika harus ada. Harus tahu respek superior. Ini tidak, sikit-sikit melawan. Benda kecik macam tulis email pendek pun tak reti, sedangkan perkara2 ini boleh sahaja digoogle. Sedih betul!



khairul abdullah
15/05/2011 at 8:18 am
Login to Reply

Anonymous,

Saya setuju, pelajar sekarang lebih banyak "main" dari bekerja atau belajar perkara baru. Sepatutnya peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman, sebaliknya facebook dan youtube tetap mengisi jadual harian mereka.

Hasilnya, pelajar yang tidak berkualiti. Saya tidak tergamak untuk memberikan penilaian yang negatif di dalam buku log mereka kerana ini akan memberikan kesan yang lebih teruk.



faRhaNA :)
18/05/2011 at 5:01 am
Login to Reply

wahhh…thnks en.khairul….
boleh dijadikan panduan untuk saya nanti…



khairul abdullah
18/05/2011 at 6:37 am
Login to Reply

Farhana,

Jadikan panduan untuk permohonan apa-apapun.First rule, mestilah kita beradab dan bersopan. Then insyaallah semuanya akan ok.



Faerie_Princess
18/05/2011 at 9:12 am
Login to Reply

sgt setuju dgn artikel ni ttg generasi skrg yg dh terlebih pandai sampai dilihat org lain mcm kurang pandai dr mereka. Bukan x blh nk google surat2 rasmi, tp cuma dilihat formaliti ni mcm dh x penting lg. Blm lg pernah lihat surat2 "rasmi" ni tp penah la dgr cerita dr rakan2 yg bekerja dlm HR Dept.



khairul abdullah
18/05/2011 at 12:17 pm
Login to Reply

Faerie_Princess,

Company saya kecik jer, so semua surat menyurat, email dan sebagainya akan saya semak sendiri. Jadi setiap semester atau musim student nak praktikal..perkara yang sama saya akan jumpa.

Nasib baik awak tak pernah tengok surat atau email diorang ni…sakit jiwa tau.



Anonymous
20/05/2011 at 6:50 am
Login to Reply

student2 sekarang dah pada kecik disuap. Dah tak pandai makan sendiri.



katie_02
27/05/2011 at 5:59 am
Login to Reply

Perkara macam ni dah menjadi trend sekarang ni. Student dan graduate sekarang memang tidak mementingkan tatasusila apabila membuat permohonan. Dah la hantar email satu baris jer, boleh pulak guna short form macam hantar kat member dia. Kalau mereka ni apply pada saya, awal-awal saya dah reject. Perkara ni juga saya selalu nasihatkan kepada anak-anak saudara saya, kalau kita tak tunjukkan yang kita serius untuk bekerja atau belajar, orang pun tak akan consider permohonan kita. Saya rasa hal ini banyak disebabkan oleh cara pembelajaran sekarang, sikap tidak apa IPTA/TS menyebabkan student jadi macam ni, sepatutnya mereka cuba mendidik student, di dalam dan luar kampus. Semakin lama kualiti graduan kita semakin merosot..sedih melihatkan situasi di Malaysia



khairul abdullah
30/05/2011 at 2:51 am
Login to Reply

Katie_02,

Saya baru berjumpa dengan pensyarah sebuah universiti di Selangor baru-baru ini. Menurut beliau, tatasusila cara permohonan untuk menjalani latihan praktikal dan juga permohonan lain ada di ajar di universiti sebelum semester latihan bermula. Menurut seorang pelajar di universiti ternama lain, perkara tersebut turut di ajar di tempat beliau belajar.

Kesimpulannya, bukan salah universiti, tetapi pelajar itu sendiri. Namun begitu, universiti perlu terus peka bagi mengatasi masalah ini dengan apa cara sekalipun. Jika tidak, negara akan dilambakkan dengan graduan yang berfikiran cetek dan bodoh sombong!



dayang redzuan
22/12/2011 at 11:53 pm
Login to Reply

boleh dijadikan iktibar.
Terima kasih tuan. Sekurang-kurangnya saya tidak lakukan hal-hal yang di atas. Saya nak bagi good impression pada majikan tempat saya nak praktikal dan mudah-mudahan diserap bekerja terus.
saya memang memerlukan tips yang berguna ni kerana saya sedang mencari tempat LI juga..



Khairul
23/12/2011 at 12:21 am
Login to Reply

Saudari Dayang,

First impression kepada bakal majikan adalah sangat penting. Seterusnya prestasi anda ketika latihan juga penting. Buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh, rajin bertanya dan selalu meminta agar diberikan kerja, insyaallah anda akan dapat menambat hati majikan anda. Selamat berjaya saya ucapkan



    dayang redzuan
    15/05/2014 at 2:31 am
    Login to Reply

    alhamdulillah..sudah setahun lebih saya bekerja. ye sy diserapkan selepas tamat praktikal..terima kasih atas doa tuan.

      Khairul Abdullah
      17/05/2014 at 7:35 pm

      Syabas dan tahniah saya ucapkan buat saudari Dayang. Saya doakan semoga anda terus berjaya. Aminnn.

ija
20/02/2012 at 4:03 pm
Login to Reply

terima kasih untuk tip amali, kita baru tahu cara yang betul untuk mohon latihan industri..



    Khairul
    20/02/2012 at 4:17 pm
    Login to Reply

    Ija,

    Praktikkanya bukan setakat untuk latihan amali..tetapi juga untuk urusan2 lain yang rasmi. Selamat berjaya untuk anda.

jaja
21/09/2012 at 10:28 am
Login to Reply

Salam…
Saya tertarik dengan tajuk Encik.. untuk makluman Encik ..saya merupakan kakitangan kerajaan dan saya terlibat dalam panel pemilihan untuk temuduga. kebanyakan muda mudi yg datang tidak bersedia, ambil mudah, kurang budi bahasanya dan menganggap semuanya macam main2 je.. saya amat tegas dalam situasi ini..walaupun ada yang berkata “ala,..budak2 muda sekarang..biasala..nati pandai la tu bawak diri’… hurmmm saya totally tidak bersetuju.. bagi saya..dia tidak serius dalam permohonan tersebut. sikap ini akan berterusan dan orang mcm inikah yg kita mahu? pastinya akan menjadi seorang pekerja yg “manja”.. tidak boleh diajar dan akan menyusahkan orang lain kelak..



    Khairul Abdullah
    21/09/2012 at 10:42 am
    Login to Reply

    Cik/Puan Jaja,

    Tidak dinafikan remaja atau graduan sekarang lebih bijak pandai, keputusan peperiksaan mereka lebih bagus, CGPA mereka sangat cemerlang. Akan tetapi, kecemerlangan akademik bukanlah jaminan kecemerlangan seseorang individu di dalam karier dan hidup – ia memerlukan lebih dari itu, termasuklah sifat dan sikap yang baik dan terpuji. Bukan semua graduan sebegitu (seperti yg kita bicarakan) ada juga yang baik dan bagus, cuma kebanyakkannya begitu – tidak bersedia, tidak peduli, tidak kisah. Dari 10 yang datang temuduga, 8 biasanya bersikap sambil lewa dan tidak tahu adab untuk ditemuduga dan tidak tahu berbudi bahasa (perkara asas yang sudah dididk di rumah).

    Sebagai majikan, kita perlukan sifat, sikap dan keputusan yang baik, apatah lagi untuk bekerja di sektor awam yang akan berurusan dengan orang awam.

    Saya juga mempunyai rakan yang menjadi panel penemuduga di sektor awam – katanya rata yang datang untuk ditemuduga beranggapan yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan adalah mudah, tidak serius, senang dan katanya lagi apabila di tanya kenapa hendak bekerja dengan kerajaan? Jawapan standard yang diterima adalah “tak banyak kerja dan lebih senang”. Itukah attitude yang kita mahu dari generasi muda kita?

iz
16/10/2012 at 9:34 am
Login to Reply

saya mmg uruskan proses adik yang nak praktikal di pejabat saya. kebanyakannya bagus. paling bagus, adik yg paling baru ni. siap mak bapak hantar ke pejabat on the 1st day, jumpa saya, siap salam tgn semua. buat hati saya tersentuh dan berfikir, betapa tingginya harapan kedua orang tua dia. ya, adik praktikal yang baru ni mmg sgt bagus etika dia.

* saya juga ada anak, dan saya yakin semua ibubapa ingin anak mereka membesar dengan penuh tertib yang terpuji



    Khairul Abdullah
    16/10/2012 at 11:08 am
    Login to Reply

    En Iz,

    Saya juga pernah sekali di mana ibu-bapa pelajar berjumpa saya untuk “melepaskan” anaknya kepada saya. Saya merasa berbesar hati melihat orang tua pelajar tersebut memberi kepercayaan kepada saya untuk mendidik anak mereka. Alhamdulillah..everything goes well for them.

    Betul tu, harapan semua ibu bapa ingin lihat anak mereka menjadi yang terbaik dari segenap sifat dan perbuatan. Jadi dengan didikan yang betul, insyaAllah, pasti akan membuahkan hasil.

blu4sky
17/12/2012 at 4:29 pm
Login to Reply

salam khairul,
budak zaman sekarang…adakah sebab zaman teknologi, semua nak cepat sampaikan tak ada masa nak menulis proper email??

i don’t agree with one of the comment above.. adakah perlu sampai cara nak menulis resume diletakkan pada bahu lecturer..sebab lecturer tak ajar tak reti nak buat.. come on..sampai bila nak spoon feeding…ini bukan zaman tok kadok…semua dihujung jari.. petik keyboard dah boleh dapat macam-macam info..tinggal lagi sama ada nak buat atau tidak..

i pun banyak kali dapat email “arahan” mcm tu..dah ler macam tu..nama pun takde.. belum lagi masuk bab email address yang pelik-pelik..memang patut masukkan dalam junk mail and treat as SPAM..



    Khairul
    17/12/2012 at 10:06 pm
    Login to Reply

    Bukannya tiada masa…tapi tiada inisiatif dan tidak peduli di dalam membezakan yang mana formal dan informal.

    Betul tu…benda atau perkara asas tidak perlu diletakkan di atas bahu pensyarah. Takkan pensyarah hendak mengajar yang apabila menulis surat atau email hendaklah kita memberi ucapan salam atau selamat dan disudahi dengan ucapan terima kasih?

    Perkara asas…dari kecil lagi orang melayu apatah lagi beragama islam diajar untuk bersopan dan berbudi bahasa serta menghormati orang yang lebih tua..apatah lagi bakal majikan sendiri.

    Entahlah apa nak jadi dengan pelajar universiti zaman sekarang ni. Kesian sungguh.

erlina
31/12/2012 at 2:35 pm
Login to Reply

Agree much!
walaupun el still studying right now, lagi 2yrs nak habis,



erlina
31/12/2012 at 2:38 pm
Login to Reply

ehhh ayat tergantung !
silap tekan T_T

smbung balik,
as a student this thing memang kne alert kan,
anyway thanks for the tips,
nak panjang lagi , takut jadi karangan haha 😀



Jee Gz
18/04/2014 at 12:38 pm
Login to Reply

Ya. Asas didikan penting. Attitude juga penting.
Selalu patah selera bila terima email budak2 ni.
Mmg patut dipanggil budak2 pun.



Muhammad Syahmi
14/05/2014 at 9:17 am
Login to Reply

terima kasih krn mengingatkan 🙂



31/08/2014 at 5:14 pm
Login to Reply

alhamdulillah, ada juga information yang sangat berguna untuk saya. saya akan memulakan praktikal pada januari 2015 dan sedang mencari tempat praktikal sampai lupa etika memohon tempat untuk latihan industri, terima kasih tuan rumah 🙂



Mira Ajis
31/12/2014 at 3:04 am
Login to Reply

terima kasih atas informasi yg berguna.saya akan mulakan LI pd Februari 2014dan masih tercari-cari tempat.



Noor Aziela Iela
31/01/2015 at 10:23 am
Login to Reply

trima ksih di ats informasi tersebut.. sya ada lg 1 smester sblum LI.. sya ingin mmnta pndpat tuan, adkah mnjdi satu ksalahan jika sya trus pergi ke syarikat tersebut untuk brtya mngenai pnerimaan LI?



    Khairul Abdullah
    02/02/2015 at 3:50 pm
    Login to Reply

    Tidak menjadi kesalahan untuk terus ke pejabat atau sykt tersebut namun adalah tidak manis, tidak mengikut protokol dan mungkin mengurangkan peluang anda utk dapat buat LI di situ.

    Adalah lebih manis dan sesuai untuk menulis email secara rasmi ataupun menelefon. Ada sesetengah pejabat tidak suka menerima tetamu yang bukan pelanggan mereka atau sesiapa yg tida kena mengena dengan perniagaan mereka.

    Kalau anda menulis, mereka ada masa utk mempertimbangkannya namun kalau anda terus terjah mungkin time tu boss tak ada dan tiada orang yg dapat memberikan kepastian kepada anda.

So Cool
15/03/2015 at 3:23 am
Login to Reply

Terima kasih …. (Y)…



Soo Phromkeaw
15/03/2015 at 3:23 am
Login to Reply

Terima kasih …. (Y)…



maliki
10/09/2015 at 5:14 am
Login to Reply

Sangat bermanfaat bagi kami yang baru sahaja tamat pengajian untuk terjun kealam kerjaya.Terima kasih tuan rumah



Yamuna Sagadevan
06/10/2015 at 3:39 am
Login to Reply

tanks for the info…



Zulaiqa Nazri
28/10/2015 at 3:09 am
Login to Reply

penting ni Nur'Aina Syafiqah Sulaiman Syafiqq Shamsuddin Syarifah Adila N F Amirah Rahman Amirul Aizat Iqbal Hakim Nurussolehah Jaini Sofiyyah Mustaffa Kamal Ezatie Salim Nur Amnah Bt Duniya



Mamat Mana Ni
17/11/2015 at 10:32 am
Login to Reply

Terima Kasih diatas apa yang tuan berikan..akan sya beritahu kawan2 saya yg laaen..agar semua dapat tahu ilmu yang berguna in..terima kasih sekali lagi..



Noor Shaheerah
06/12/2015 at 4:30 pm
Login to Reply

terima kasih di atas info yang amat penting ini….



Azura Haji Ahmad
27/12/2015 at 6:46 pm
Login to Reply

Bukan setakat latihan amali, nak minta kerja yg bergaji pun mereka begini. Tiada kualiti. Thank you for highlighting ths issue. So..mereka yg terbabit, change pls.



Miera Zaini
22/02/2016 at 11:40 am
Login to Reply

terima kasih di atas maklumat yang sangat bermanfaat 🙂



Nor Faezah
06/03/2016 at 5:00 pm
Login to Reply

Terima kasih informasi yang sangat membantu,



Muhammad Faiz
31/03/2016 at 2:54 am
Login to Reply

good information for all last year student..thank you 🙂



Janeta
10/10/2016 at 10:37 am
Login to Reply

I give the same advise to my son who would be doing his internship next year January 2017. I really emphasize on manners, complete and well written application with documents. At least we know they are serious with their intention. I have seen resume and documents sent to our organization but without any covering letter. I think the documents goes to the dustbin immediately.



    Khairul Abdullah
    10/10/2016 at 10:40 am
    Login to Reply

    Indeed. As an employer we valued manners and attitudes when dealing with interns. Qualification is a bonus.

nurul azween
25/10/2016 at 6:57 pm
Login to Reply

terima kasih atas nasihat yang tuan beri. saya bakal menjalani latihan industri pada tahun hadapan. in sha Allah akan mengikuti nasihat yang di beri.



    Khairul Abdullah
    25/10/2016 at 11:56 pm
    Login to Reply

    Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan anda. Aminn.

Azwar
30/01/2017 at 8:16 pm
Login to Reply

Dalam pada menggoogle tips-tips internship ini, termasuk pula sini. Insyallah bulan 9 tahun ini saya akan berpraktikal, terima kasih atas nasihatnya. Jenuh juga nak menapis student yang hantar resume ya.



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved