• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Birthday KA dan KA

26/09/2022

Happy Birthday KA!

Bukan aku, birthday aku dah settle minggu lepas. Ini birthday Khairul Aming. Anak muda yang baru berusia 30 tahun dan sangat bijak, kacak, baik, berjaya semua dia tapau.

Ramai yang kagum, ramai ucap tahniah. Dalam pada tu ramai juga yang kecewa sebab tak berjaya macam dia. Ada yang nak give up lah macam-macam.

Haishh, kau buat apa pun kalau buat sikit gagal pastu kau terus rebah mengalah memang kau tak berjaya sampai bila-bila. Si Khairul Aming tu pun berapa kali bisnes dia gagal sebelum berjaya.

Meh nak cerita pasal aku.

Aku dulu waktu umur 30 macam KA, habuk pun tarak. Susah yakmat, kereta asyik kena tarik dengan bank. Kerja macam buruh warga asing, hitam berkilat, nak kahwin pun takde duit, tapi mujur ada orang nak.

Kahwin lah aku. Nak bela bini, kerja macam-macam, bisnes macam-macam jugak tapi semua melingkup. Banyaknya bini yang bela aku.

Lepas macam-mcam kerja dan bisnes, aku decide nak menulis.

Tapi kali ni aku dah tanamkan azam, aku nak buat betul-betul, tak kisahlah bila nak berjaya tapi aku nak buat sungguh-sungguh. Biar aku jadi penulis berjaya dapat duit juta-juta, ha gittew punya azam.

So aku start menulis di blog.

Bodoh piang waktu tu. Baca balik tulisan aku awal-awal dulu, jenuh gelak sendiri. Tapi nak bagitau, aku konsisten. Tulis hampir setiap hari walaupun takde orang baca. 2 tahun weh takde orang baca kecuali arwah isteri aku, tapi aku tetap tulis.

Masuk tahun ke 3 hingga tahun ke 5 barulah ada orang start baca. Masuk tahun ke 6 barulah tulisan aku ada yang viral sana sini dan masuk tahun ke 7 barulah aku dipinang oleh rumah penerbitan untuk hasilkan buku.

Tahun ke 8 aku dah ada 2 buku. Bestseller lagi, “10 Best Book of 2016” di MPH, menang juga “Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2017.” Lepas tu aku ada 6 buah buku yang laris semuanya Alhamdulillah.

Ini sebahagian buku aku: https://shope.ee/6f609p6i5x

Hari ini, kerja aku adalah menulis.

Semua pendapatan aku datangnya dari aktiviti dan kerja-kerja penulisan aku. Alhamdulillah aku hidup senang dengan benda yang aku buat secara konsisten tanpa kenal penat atau jemu.

Perjalanan career penulisan aku pun ambik masa lebih 10 tahun jugak untuk betul-betul berjaya.

Bermula dari aku umur 30 lepas kahwin tu aku start menulis secara konsisten setiap hari. Takde give up, terus jalan. Tahun ke 7 dapat terbit buku, tahun ke 10 anak sulung aku lahir dan dari situ hidup aku terus berubah. Rezeki dari kerja penulisan aku mencurah-curah.

Brand-brand besar mula collaborate dengan aku. Terkujat juga bila Petronas Brand cotact aku, Nestle, Adabi, Plus dan macam-macam lagi mula gunakan khidmat aku.

The rest is history, kata orang Sepang.

Nampak tak?

Nak berjaya ni bukan kerja sehari dua, apatah lagi setahun dua. Ambil masa wehh. Kerja kau adalah keep doing it and keep learning and keep improving.

So, nak bagitau yang kau jangalah give up cepat sangat. In fact, dalam hidup ni kau tak boleh nak give up. Selagi kau hidup, kau terus usaha. Jangan fikirlah umur kau berapa sekarang ni.

Timeline hidup kita semua tak sama.

Ada yang berjaya pada umur 30, ada yang berjaya pada umur 60. Ada yang kahwin setahun dah dapat anak, ada yang kahwin 15 tahun baru dapat anak. Ada yang umur 30 dah dapat financial freedom, ada yang umur 45 macam aku dulu baru dapat financial freedom.

Yang penting kau buatlah apa yang kau suka.

Cari ilmu dan belajarlah betul-betul. Dah ada ilmu, buatlah bersungguh-sungguh, buatlah dengan konsisten. Sekali kau berjalan dan kau jatuh, kau terus bangun dan kau mula berlari. Challenge yourself.

Semoga semua yang tengah struggle, yang tengah down, yang berputus asa, rebah terkulai, kau bangunlah dan teruslah kejar impian.

Aku doakan semoga kau berjaya.

Macam KA.

Khairul Abdullah

#superdaddy

Share

Blog

Ruqaiyah Rahman



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved