“Goodbye everybody, I’ve got to go. Gotta leave you all behind and face the truth.”
Itulah ayat yang keluar dari mulut Khaleel ketika kami mula bertolak untuk pulang ke kampung malam Selasa yang lalu.
Saya dengar dan buat tak tahu sahaja.
Kalau saya sampuk apa yang sedang dinyanyikan tu nanti saya juga teruk nak menjawab. Jadi saya biar sahaja.
Memang jenuh saya dengar dia dan abang dia dok berbalah tentang lirik lagu yang dia nyanyikan tadi. Biarlah, sekurang-kurangnya diorang berbincang tentang sesuatu.
Bila diorang mula bertanya maka jenuhlah saya.
Jenuh saya menjawab segala jenis soalan. Kenapa penyanyi tu sebut perkataan tu, apa maksud perkataan ni dan sebagainya. Banyak vocab baru yang diorang belajar dari lagu tersebut.
Soalannya.
Apakah judul lagu tersebut?
Yang paling pantas dan menjawab dengan tepat dikira sebagai pemenang dan akan menerima hadiah berupa kata-kata pujian yang tak terhingga dari saya.
Sekian.
p/s: Siapa yang komen kata lebih baik belajar hafal surah dari hafal lagu saya akan berikan hadiah juga.







Leave A Reply