• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Buah Tangan

25/02/2017

“Kita nak bawak apa eh?” tanya isteri kepada saya setiap kali hendak menghadiri jemputan ke sesuatu majlis.

Kami pun berbincang lah apa yang perlu dibawa bersesuaian dengan majlis yang dijemput. Siapa tuan rumah? Ada anak ke tidak? Siang ke malam? Dan sebagainya yang bakal mempengaruhi jenis buah tangan yang perlu di bawa.

Jadi bila hadir ke majlis tersebut, tidaklah kami bertangan kosong dan tidaklah rasa “awkward” sangat kerana jika tidak bawa apa-apa maka kami sahajalah yang berbuat begitu.

Begitulah budayanya di Jerman jika menyantuni sesebuah majlis.

Harus membawa buah tangan sesuai dengan majlis. Paling biasa adalah minuman dan coklat, kalau orang Jerman lah. Kalau geng Melayu maka segala kuih muih dan masakan istimewa akan dibawa bila bertandang.

Jika kita pula yang menjemput tetamu maka berbondong-bondonglah buah tangan berupa makanan dan minuman yang diterima dari setiap jemputan. Tuan rumah sediakan dua atau tiga jenis juadah, namun bila semua tetamu dah sampai, puluhan jenis makanan tersusun di atas meja.

Teringat pada orang tua-tua kita.

Acapkali hendak bertandang ke rumah sanak saudara atau rakan taulan pasti akan membawa sedikit buah tangan. Macam bersalah sangat rasanya kalau bertandang ke rumah orang dengan tangan kosong ni. Buah-buahan seperti epal, anggur dan lai adalah buah tangan paling popular. Tak elok pergi rumah orang tangan kosong kata mereka.

Itu pesan orang tua kita lah.

Apapun, sekadar pesanan, marilah kita sama-sama praktikkan dan menghidupkan kembali budaya membawa buah tangan ini bila bertandang. Kalau rakan jemput datang ke rumahnya, tak kiralah majlis doa selamat ke, birthday party ke, akikah ke, atau sekadar bertamu maka bawalah sedikit buah tangan.

Walaupun sekadar sepeket gula, sebuku roti, segenggam beras atau atau sebotol minuman Twister atau se”bucket” KFC atau sedozen donat, ia pasti menggembirakan ahli keluarga dan seisi rumah tersebut.

Mudah-mudahan rezeki tuan rumah yang menjemput kita akan bertambah dan rezeki kita yang membawa “hadiah” terus juga dilipat kali gandakan olehNya.

Ameen.

#ceritajerman
#khairulabdullah

Share

Blog  / Cultural  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved