Nah, bubur ayam ala McD, sebijik rasa dia. Anak-anak suka kemain ni. Malam ni ke esok ke boleh pakat-pakat buat.
Gini cara nak buat dia.
Hanya perlukan beberapa bahan iaitu:
1.5 cawan beras dibasuh dan biar rendam.
2 ketul dada ayam.
1 inci halia, diketuk atau diracik halus.
1 kiub pati ayam atau 2 sudu serbuk pati ayam.
Dan garam jika perlu.
Rebus ayam dengan air yang banyak sampai masak atau empuk dan keluarkan ayam tu dari periuk. Biarkan air rebusan yang tengah mendidih tu, tak payah tutup api, terus masukkan beras tadi.
Tambah sedikit air lagi jika perlu, kacau dan biarkan masak.
Ayam yang dah dikeluarkan tadi tu, bila dah sejuk bolehlah siat-siat isi dia tu.
Sambil-sambil tu kacaulah bubur, takut hangit dibahagian bawah pulak. Kalau perlu tambah air maka tambahlah. Dah masak, ejas lah nak pekat macamana bubur tu.
Nak cair tambah air, kalau nak pekat biarkanlah seketika. Dah dapat tekstur atau kepekatan yang kita nak tu kemudian masukkan halia dengan pati ayam tadi.
Kacau sekejap, dan masukkan garam jika perlu. Rasa dulu sebelum masukkan garam tu. Biasanya masin dari pati ayam tadi sudah memadai.
Tutup api dan hidangkanlah.
Tabur isi ayam, bawang goreng, daun bawang, daun sup dan potongan cili jika mahu. Nak titis minyak bijan pun boleh, nak letak kicap pun boleh, nak letak telur masin boleh atau nak tabur kacang pun boleh.
Namun jangan lupa taburkan bersama kasih sayang sepenuh jiwa raga.
Ewahhhh.
Leave A Reply