Zaman 80an dulu buli atau ragging ni memang bermaharajalela.
Takde sekolah berasrama yang tak ada isu ni. Banyak juga kes kematian yang muncul di akhbar akibat raging. Cuma takde Facebook, Instagram dan Tiktok untuk rakam dan sebarkan.
Kalau dah ada pasti video aku dan kawan-kawan kena tumbuk, terajang, lempang berbaris pun akan menghiasi sosial media. Buli fizikal, mental, maki hamun, mengutuk rupa paras, memaksa buat itu ini seperti hamba abdi dan ada juga yang dipaksa melakukan oral seks.
Down gila jadi junior di sekolah dulu.
Hidup penuh ketakutan. Asal nampak senior atau berselisih dengan senior sahaja terus datang anxiety attack. Kalau nasib baik takkan diperdulikan, kalau nasib tak baik akan dicari kesalahan, dipanggil ke bilik, disoalsiasat, dihamun, dilempang beramai-ramai, diterajang dan macam-macam.
Dulu aku dan kawan-kawan naif. Kami anggap ini adalah budaya yang memang kami kena lalui di sekolah asrama. Jadi tiada laporan dibuat. Mulut kami kunci, sakit kami tahan, stress kami lawan. Mujur bagi yang kuat, dapat terus sampai ke form 5, kalau yang tidak maka akan pindah sekolah.
Buli dan raging akan terus berlaku di dalam sistem asrama sekiranya tiada tindakan dan hukuman tegas kepada pelaku. Namun, nak pantau anak-anak remaja yang ramai-ramai dalam satu asrama ini bukanlah kerja mudah.
Tak terbuat. Seorang dua warden nak jaga satu asrama adalah sangat sukar. Sementelah warden itu juga adalah seorang guru, punya keluarga dan perlu masa untuk diri dan keluarga dia juga.
So sudah tiba masanya kot sekolah asrama ni buat macam sistem penjara tu. Lantik warden khas, jangan dok bagi cikgu jadi warden.
Biar warden ramai dan garang nak mampus.
Setiap masa round asrama, setiap masa buat roll call, biar takde masa bebudak tu nak menghilangkan diri atau berkumpul membuli budak lain. Buatlah segala sistem apa pun bagi menghalang kejadian begini terus berlaku.
Jangan cakap takde duit nak buat sistem baru, nak lantik warden bukan dari galangan guru dengan gaji penuh dan tumpu khas tugas sebagai warden sahaja.
Jangan cakap kerajaan takde duit,
Aku lempang kau.