Tahun ke-2 jadi bapa tunggal besarkan 3 anak seorang diri adalah tahun paling perit buat aku.
Tahun pertama aku tak sakit, tapi aku penat dan stress. Aku harung semuanya namun tak terasa sebab adrenalin aku masih berkobar rasanya. Pening, demam sakit sikit-sikit aku buat tak tahu, lanyak jer semua.
Masuk tahun kedua dah sampai fasa burnt-out kot.
Aku mudah sakit. Aku selalu pening nak tumbang, meloya, nak muntah. Rasa nak terjun tingkap, rasa nak ambil pisau tikam perut pun ada. Kadangkala datang sakit dada yang menghimpit sangat, sampai macam nak hilang nyawa dah.
Selepas surrender kat doktor, barulah aku tahu apa itu Anxiety, apa itu Gerd bagai. Merasalah tidur di wad 3 malam, merasa macam-macam test. Dapat juga berbakul pesanan dari doktor.
Raising kids and manage household ni bukan calang-calang pekerjaan. Kerja dia 24 jam non-stop. Antara kerja merbahaya. Sebab tu dalam insurans/takaful, pekerjaan surirumah dikategori sebagai kelas 2 medium risk. Kerja pejabat tu kelas 1, low risk. So surirumah lebih berisiko tau.
Sepanjang 3 tahun besarkan anak, urus rumahtangga, bekerja lagi semuanya buat sendiri ni aku belajar banyak pasal tekanan yang dihadapi oleh para isteri. Tambahan yang bekerja di pejabat, balik rumah urus anak dan rumahtangga lagi.
Kalau jenis yang dibantu suami, Alhamdulillah, kalau suami jenis malam keluar lepak mamak dengan kawan-kawan, jenuhlah.
Stress dalam membesarkan anak-anak bukanlah perkara yang boleh dibawa main. “The struggle is real” kata orang Melaka. Stress boleh bawa kepada anxiety dan juga depression dan pelbagai masalah mental yang lain.
Jangan pandang remeh pada orang yang baru anak satu tapi dah stress melampau. Kekuatan kita tak sama. Yang anak satu dan kecik lagi ni mungkin dia kena PPD (Postartum Depression) dan perlu dibantu. Janganlah kondem dia, mentang-mentang kita anak 7 orang dan tak ada sebarang stress atau depress, tak semestinya yang anak seorang tu tak boleh ada masalah tersebut.
Aku dah rasa dan masih rasa perit besarkan anak bersendirian ni. Cuma kadang-kadang malas nak meluah sebab orang judge.
Dulu aku pernah meluah, orang kutip cerita aku dan pergi membahan di Twitter. Katanya aku tak layak jadi bapak lah itu lah ini lah. Kecewa juga, kadang kita meluah tu sebab ia memberi kelegaan. Tapi bila dapat caci maki, terus bertambah stress dan rasa nak terjun bangunan.
Please, kita kan manusia yang ada hati dan perasaan. Apatah lagi yang beragama Islam. Kita kena bantu, bukan kondem. Nak tegur, gunalah bahasa yang baik. Tak perlu caci maki, hina sana sini. Kalau tak suka diam sahaja. Tak perlu buli. Kita adalah negara yang paling tinggi kadar cyber-bully. Jagalah tutur kata, jangan suka caci dan guris perasaan orang.
Zaman covid ni lagilah ramai orang yang stress especially mak-mak yang duduk di rumah 24 jam dengan anak-anak.
Para suami sekalian, please, please, please help your wife. Sama-samalah besarkan anak. Bantu uruskan rumah, bantu vakum dan mop, bantu cuci bilik air. Lepas makan cuci pinggan sendiri. Paling bagus cuci pinggan semua dan kemas dapur.
Bukankah kita janji dengan ayah mertua dulu nak jaga dan sayang anak dia?
Bukan nak jadikan hamba kan?