Benda ni mudah jer nak buat dik. Nanti selepas solat Jumaat ketika ada orang sebelah hulur tangan atau ketika awak hulur tangan untuk bersalaman, salamlah dengan ikhlas.
Kemaskan gengaman, pandanglah wajah orang yang anda salam itu dan ukirkan senyuman. Mudah kan?
Janganlah bersalaman dengan muka kelat, masam atau acuh tak acuh. Walaupun orang yang kita salam tu tak angkat muka ke, tak senyum ke tak apa, kita yang senyum, kita mulakan.
Sama juga kalau jumpa kawan ramai-ramai atau terserempak kawan dengan orang lain yang tidak anda kenali. Jangan salam dengan kawan awak seorang sahaja.
Atau salam dengan kawan awak sambil bersembang dan tangan tetap hulur kat orang lain tetapi salam yang acuh tak acuh. Tengok muka pun tidak dan mulut masih berbual dengan rakan.
Jangan buat begitu yer.
Sama juga di rumah kenduri ke, di majlis hari jadi ke, di mana-mana sahaja dik. Salamlah dengan ikhlas dan hormatlah orang yang kita bersalaman itu.
Cara kita bersalam menunjukkan siapa diri kita. Kalau tak caya cuba adik jumpa orang yang hebat-hebat dan bersalamlah dengan mereka. Adik akan tahu perbezaannya.
Jom abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak semua kita sama-sama berubah.
Hulurkan salam, eratkan genggaman dan ukirkan senyuman. Mudah-mudahan kita juga menjadi orang yang hebat.
Aminn. Ya Robbal Al Amin.







Leave A Reply