• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Celik Kewangan

07/05/2020

Pernah satu pagi aku nak pergi kerja tapi kereta hilang.  Punyalah sedih baqhang.  Duduk melopong sekejap tepi longkang sebelum jiran bagitau, awal pagi tadi ada tow truck angkut.

Sah, kena tarik ni dia bagitau aku.  Pantas aku call bank lepas tu dan memang sah pun.  Sedih oihh.

Dalam tahun tu 2 kali kena tarik.  Hampir 3 kali sebenarnya namun sekali tu aku sempat bawak lari.  Tapi lepas tu kena jugak.

Hahaha.

Sepanjang hidup, kereta aku 6 kali rasanya kena tarik dengan bank.  Yang tak kena, yang sempat aku berunding dan bayar banyak kali jugak.

Punyalah bodoh aku dulu dalam mengurus wang.

Takde ilmu beb, tak tahu langsung.  Orang pakai kereta aku pun nak pakai, orang ada kredit kad aku pun ada, orang pakai barang branded aku pun nak juga.

Natijahnya, hutanglah.  Gali lubang dan tutup lubang.

Dah tua-tua ni barulah ada ilmu sikit.

Jadi, jangan jadi macam aku okeh.  Letih oihh nak pi ambik balik kereta kat depoh bank tu.

Belajarlah sedikit sebanyak ilmu kewangan ni supaya hidup tidak dibebani hutang dan juga waktu-waktu sukar begini ada tabungan yang dapat diguna untuk meneruskan hidup.

Ni ha ada ilmu kewangan mudah dan hebat dari Tuan Afyan Mat Rawi.  Seorang yang bijak dan mahir dalam ilmu kewangan.  Selalu keluar tv, suratkhabar, majalah dan sebagainya.

Dia ada buat eLearning Seminar Bijak Merancang Wang 2020.  Ada 17 video untuk kita belajar pelbagai topik kewangan mudah dan percuma 1 ebook.

Belilah, hanya RM50 sahaja pun, demi untuk ilmu yang bukan main banyak dia bagi.  Semoga cerah sikit masa depan kita semua.

Aku dah beli dah khatam dah.  Highly recomended.

Ada 24 jam lagi sebelum harga tawaran ini berakhir.  Harga biasa RM299 okeh.

Takpe, klik jer dulu dan beli kemudian.

Ok tak?

Khairul Abdullah
Dah Celik Kewangan.

Share

Blog  / Experience  / Knowledge

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved