• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Cepat dan Mudah

28/07/2018

Kita ni semuanya nak cepat dan mudah.

Kita nak pergi kerja, sentiasa nak cepat.  Kita langgar lampu merah, sebab buang masa seminit menunggu lampu bertukar hijau.  Asal ada peluang sahaja, nampak “line clear” tak kira jam 7 pagi atau 12 tengah hari kita langgar.

Tak pedulilah walaupun perbuatan kita boleh mengundang bahaya kepada orang lain.  Yang penting kita tak perlu berpanas menunggu.

Kita nak bayar tol pun nak cepat.  Panjang barisan kalau nak menunggu tak kiralah di lorong Smart Tag, tunai atau Touch n Go.  Jadi kita pun terus ke depan, himpit pelan-pelan dan kita pun ciloklah.

Signal pun kita tak bagi, senyum jauh sekali.  Lepas bayar tol pun jem juga dan sekali lagi kita cilok dan potong que.  Pedulikan orang lain, kita dah lambat ke tempat kerja ni.

Kita nak balik kerja pun cepat, kita potong ikut emergency lane sebab kita nak cepat dari orang.  Orang lain tu banyak masa untuk jem dalam kesesakan namun kita tidak.  Kita lebih penting sebab nak kena ambil anak maka kita gunakan lorong yang tidak dibenarkan.

Orang lain tu semuanya tak ada anak.  Diorang semuanya bujang belaka yang memang nak habiskan masa atas jalan sambil dengar lagu.

Kita nak ambil anak di sekolah, nak cepat juga.  Tak nak parking jauh-jauh sebab kena berjalan dan lambat, lagipun panas.  Jadi parking depan pintu pagar, biarlah double park atau triple park pun, janji mudah dan cepat.

Pedulilah nak jem ke nak sesak ke sebab kita triple park tadi.  Yang penting kita tak perlu berjalan jauh untuk jemput anak kita.  Orang lain lantak pi lah.

Kita nak buang sampah pun nak cepat dan mudah juga.  Tak kiralah itu kertas ke botol ke plastik ke tin ke semua main campak jer.  Takde masa nak asing-asingkan atau recycle ni.

Takde faedahnya, banyak benda lain nak kena fikir.  Sebab tu kita campak jer sampah keluar tingkap kereta.  Mudah.

Kita nak kaya.  Nak cepat juga.  Tak nak bersusah payah bekerja berusaha seperti orang lain.  Jadi kita masuklah segala skim cepat kaya.  Tergadailah seluruh harta benda, namun kita tak kaya-kaya juga.

Semuanya perlu cepat dalam hidup kita.  Tiada istilah bersabar atau mengikut giliran.  Apatah lagi istilah “bertimbang rasa”, mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan perkataan tersebut gamaknya.

Entahlah.

Katanya zaman ini serba pantas.

Realitinya, memang nak kena cepat dalam segala hal, kalau tak kita ketinggalan ye tak?  Pedulikanlah apa nak jadi atau kesannya perbuatan kita yang nak cepat tadi kepada orang lain.

Lagipun ramai orang macam tu, semua orang nak cepat, ramai orang langgar lampu merah, ramai orang guna emergency lane, ramai orang potong que, ramai orang double park, ramai orang buat semuanya, takkan kita tak boleh, ye tak?

Tak payahlah nak peduli pasal orang lain sangat, kubur lain-lain, kata kita.

Baguslah…

#mentalitimasihjamban
#khairulabdullah

Share

Blog  / Complaints  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved