Moh ler kita bersarapan dengan roti yang dibakar bersama telur dan keju ini. Bahan pun ringkas jer, nak buat pun mudah yakmat. Paling penting, so sedap.
Jom buat Cheesy Egg Toast pagi ni.

Bahan-bahan yang kena ada:
1 keping roti.
1 biji telur gred C kalau boleh sebab nak yang kecik jer. Gred A nanti melimpah.
Sedikit cheese apa sahaja yang ada.
Sedikit sapuan mentega/marjerin apa sahaja yang ada.
Sedikit garam dan lada hitam secukup rasa.
Cara nak buat dia:


1. Tekan bahagian tengah roti biar tenggelam dan membentuk kawah dan sapukan butter/marjerin/spread tadi di sekeliling permukaan roti.


2. Pecahkan telur di tengah-tengah roti danmasuk ke dalam kawah tadi kemudian taburkan garam, lada hitam dan juga cheese di atas dia.
3. Masukkan ke dalam air fryer pada suhu 180degree selama 10 minit.
Siappp.


Aishhh, aku selagi cheese tu tak habis dalam peti, habis segala resepi bercheese aku akan buat. Korang sabarlah yer.
Yang belum ada air fryer, boleh beli yang cun macam aku tu.
Jenama Corvan ni dia digital, so senang nak set suhu dan masa. Dia ada siap-siap preset untuk pelbagai jenis masakan. Tekan teet teet teet jer. Beli di sini: https://shp.ee/dy2ni7s
Sekian resipi + promo.
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semuanya.






