Lelaki matang sebelas tahun selepas perempuan, menurut banyak kajian yang dibuat. Perempuan secara puratanya mencapai usia matang pada umur 32 tahun. Lelaki pula 11 tahun selepas itu.
Nampak tak?
Jauh beza sungguh. Lelaki matang secara puratanya pada usia 43 tahun. Namun kebanyakannya masuk 40 tu dah berubah habis perangainya. Waktu tu kalau masih tak berubah maka sampai matilah tak berubah.
Apa ciri-ciri kematangan pada seorang lelaki?
1. Mementingkan keluarga
Sanggup tak pergi lepak teh tarik dengan kawan-kawan sebab anak tak berapa sihat dan bini ada baju 7 bakul belum lipat. Maka dia duduk rumah tolong jaga anak sementara bini lipat kain. Orang tua di kampung pun dia dah makin kerap balik jenguk atau kerap telefon bertanya khabar.
2. Bertanggungjawab
Apa sahaja keputusan yang dia buat dia berani tak kira samada hasilnya nanti baik atau buruk, berjaya atau tidak. Kalau dia kata A, maka A lah. Kalau A tu salah, maka dia sanggup bertanggungjawab. Kalau kena saman polis pun dia dah tak melenting lagi dah. Dia tahu dia salah.
3. Tidak selfish
Sebelum ni naik motor atau kereta ekzos bising meletup-letup sampai orang benci secara berjemaahlah. Sekarang ni kalau lalu depan rumah orang pijak semut pun tak mati tau. Dia dah tak mau menyusah atau menganggu orang. Senang cakap dia akan memikirkan perasaan orang lain lah bila nak buat sesuatu.
4. Konfiden
Dulu nak tegur orang, tanya orang pun takut sebab tak tau nak cakap macamana atau takut orang kata dia macam-macam. Sekarang suruh bercakap kat depan di dalam majlis pun dia dah takde hal. Mengorat awek pun dia berani ya amat.
5. Waras Berfikir
Dia kini sudah bijak berfikir. Dia dah boleh terima hujah sains dan tahu yang bumi itu bentuknya macam telur dan dia juga dah tak join geng Flat Earth. Lepas tu geng Antivax pun dia dah tak join juga. Dia dah tahu kepentingan vaksin di dalam membendung penyakit berjangkit.
***
Dah cukuplah 5 untuk renungan bersama.
Ada puluhan ciri-ciri lain sebenarnya dari pelbagai sumber kajian yang dibuat tapi nanti korang muntah pulak. Kalau korang dah ada ciri-ciri tu walaupun belum masuk 30an maka korang dah matang lah tu.
Selain itu, ramai pemimpin-pemimpin hebat menjadi pemimpin ketika berusia sekitar 40an. Nabi Muhammad SAW pun menjadi rasul ketika berusia 40 tahun. Waktu ni lelaki dah dapat membuat keputusan yang padu, kreatif dan juga hebat.
Begitulah.
Ehhh, nak bagitau juga yang saya dah 40++ dah.
Sekian.
KHAIRUL ABDULLAH







Leave A Reply