• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Corvan Power Scrubber

10/11/2021

Aku pernah share dengan korang dulu pasal power scrubber ni.

Dalam banyak jenis scrubber yang ada di pasaran yang ni paling aku rasa worth buying. Banyak juga yang murah puluh-puluh ringgit tu, tapi baca review semua sakit hati jer. So baik kita beli yang puas hati ni.

Dah setengah tahun dah guna benda alah ni dan sangat puas hati.

Syiok oihh sental toilet.

Sebenarnya boleh guna untuk macam-macam. Nak scrub bilik air boleh, nak polish lantai boleh, nak polish kereta boleh, nak polish kaca/cermin boleh, kiranya serba bolehlah. Just tukar brush atau pad dia sahaja ikut permukaan yang kita nak scrub tu.

Kita beli ni dia dah bagi semua set lengkap. Dalam kotak tu dia ada alat scrubber ni dengan charger dia dan juga segala jenis berus dan pad pengilap untuk pelbagai kegunaan.

Benda alah ni power weh putaran dia tu.

Bergetar juga tangan dan sanubari kau bila nak handle benda alah ni. Once kau dah tahu selok-belok dia maka dapat kawal dengan baik.

Nak guna pun mudah, kau caj dulu dalam 3-4 jam lepas tu terus boleh guna. Pilih jer berus atau pad jenis mana nak guna dan klip sahaja. Sebelah tangan jer pun boleh nak pasang dan tukar berus atau pad tu.

Tengah nak sales 11.11 ni, elok kau add to cart cepat-cepat sebab harga dia terus jadi murah tengah malam ni dan aku nak bagi voucher jugak:

https://shp.ee/qe2gjaa
https://shp.ee/qe2gjaa
https://shp.ee/qe2gjaa

Nah, tambahan 5% diskaun khas lagi untuk korang tersayang. Nak checkout terus masukkan Shop Voucher code berikut:
CORVANKA

Terus add to cart dan tengah malam ni checkout okeh.

https://www.facebook.com/729777276/videos/165640109115859/

https://www.facebook.com/729777276/videos/1712299192305687/

Lepas ni bersinar-sinarlah lantai dan diding bilik air korang tu. Jangan kata bilik air, lantai dapur, lantai ruang tamu, lantai porch pun maunya berkilat habis nanti.

Paling syok, kereta pun merelip merelap wehhh.

Kalau rajin la.

#superdaddy

#corvan

Share

Blog  / Gadgets  / Lifestyle  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved