• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai

30/04/2020

Fuhh selesai masak untuk hari ini.  Orang cakap benda sedap macam ni kena share kan?

Nah saya share cara nak buat Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai oleh Khairul Abdullah.

Pertama sekali, daging bakar.

Daging – ikut suka nak banyak mana.
3 sudu sos ikan
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap
2 sudu gula
1 sudu kecil garam
Blackpepper.

Perapkan daging dengan semua bahan di atas.  Perap dalam sejam atau lagi lama lagi bagus.

Lepas tu, bakarlah.

Atas arang boleh, dalam oven boleh, atas kuali pun boleh.  Ikut yang mana ada.  Jangan lama sangat weh, nanti keras.  Sesekali ambil pisau dan cuba hiris, kalau boleh hiris dan nampak isi dalam dah masak then boleh angkat.

Saya bakar atas kuali grill sahaja, 5 minit setiap sebelah.  Jadi daging tak kering dan masih juicy.

Potong nipis-nipis agar senang kunyah dan susun cantik-cantik dalam pinggan mahal tu.

Untuk Sos Ala Thai pulak.

1-2 pokok daun ketumbar.  Potong halus daun dan asingkan akar.  Akar tu tumbuk.
3 ulas bawang putih – ditumbuk jangan ditampar.
3-5 biji cili padi – ditumbuk juga.  Nak pedas korang tambahlah.
3 sudu sos ikan
1 sudu sos tiram
3 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
3 biji limau nipis diperah

Campurkan semua bahan dan gaul rata.

Hidangkanlah bersama daging tadi.

Bacalah bismillah sebelum makan.

Sekian

#ResepiSuperDaddy
#DagingBakarThai
#SosAlaThai

Share

Cooks  / Foods  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved