• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Dapatkan Subsidi Pembelian Carseat Untuk B40

05/04/2022

Bagi yang ada anak kecil, carseat ni adalah benda penting untuk balik raya nanti. Anak lebih selesa dan dapat dia tidur nyenyak dalam tu. Paling penting adalah keselamatan dia.

Kalau terbrek mengejut, tereksiden ke takdelah tercampak baby tu, kesian dia.

Good news, kerajaan bagi subsidi pembelian carseat ni tau, khas untuk golongan B40 sahaja. Hanya perlu isi borang permohonan secara online, lepas tu tunggu kelulusan. Dah lulus nanti dapatlah guna subsisi tu dengan penjual terpilih.

Salah satunya boleh beli dengan Mamakiddies.my ni.

Dapat subsidi 50% atau RM150 maksimum okeh. Banyak tu. Kalau carseat berharga RM300, terus jadi RM150 sahaja. Tapi kalau carseat harga RM350, maka dapat diskaun RM150, so kena bayar RM200 sahaja.

Ambillah peluang ni gais, jimat RM150 tuuu.

Apply kat sini: http://mycrs.gov.my

Mula-mula semak kelayakan dulu, kalau dia kata layak dan barulah isi borang permohonan. Untuk B40 jer tau.

Nanti dah dapat baucer rebat tu boleh terus beli model Ultimo dari Mamakiddies ni yer. Ini model terbaik ni, ada semua certification, ada warranty dan paling penting kelulusan dari Miros dan JPJ okeh.

Dia boleh pusing 360 darjah untuk mengadap depan atau belakang. Boleh guna dari anak tu baby sampailah dia umur 12 tahun. Untung kan?

Tengok di sini: https://shope.ee/10N9UX2mPo

So gais, yang ada anak kecil usahakanlah dapatkan carseat ni yer. Boleh beli yang berkualiti sikit dengan subsidi yang kerajaan bagi ni.

Anak pun dapat duduk dalam carseat yang selesa dan inshaAllah selamat.

Kita nak drive pun hati senang.

Mak ayah nak bercinta kat depan pun best. Dapatlah korang berpegangan tangan sambil makan tart nenas yang kononnya nak balik kampung bagi mak tu.

#superdaddy.

#MyCRS

Share

Blog  / Cars  / Gadgets  / Lifestyle  / Parenting  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved