• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

DarlingManisDelight – Cantik, Sedap, Berbaloi

29/08/2021

Aku appreciate betul orang yang berniaga dan packing lawa-lawa ni. Sungguh aku sanggup jer bayar ekstra atas effort pembungkusan yang lawa macam ni.

Dah ler packaging lawa, kek tu pulak sedap kemain. Memenuhi betul citarasa aku yang tak suka kek terlalu manis. Kek pulak bukan dari jenis yang fluffy tu, apa nama dia chiffon ke apa ke. Aku suka kek bertekstur klasik macam ni.

So bila jumpa kek yang sedap gini pasti kena repeat order nanti.

Satu set gift box tu ada 3 jenis kek iaitu Victoria Secret, errrr ehhh Victoria Sandwich lahh, dengan Pandan Gula Melaka dan juga Dream Chocolate.


Aku paling suka Victoria lah, nama pun dah sedap kan? kan? kan?

Anak-anak mestilah yang coklat. Sampai penuh berlemoih depa makan, enjoy sungguh. Aku bab coklat kureng sikit, sebab aku dah cukup coklat untuk kamu.

Yang Pandan Gula Melaka tu pun asyik betul melayannya. Padanlah berat aku naik kaw-kaw sepanjang 3 bulan menetap di rumah ni. Asyik makan sedap jer.

Set box macam aku tu harga RM75. Kalau nak satu jer RM27.

Harga agak premium kan? Sebab apa? Sebab barang yang digunakan semuanya premium. Home made dan dibuat setiap hari dengan penuh ikhlas dan kasih sayang tau.

Kau tengok presentation dia cukuplah. Lawa tau.

Kalau kau nak rasa boleh order kat sini yer:

wasap.my/+60193075182/darlingmanisdelight

Boleh follow IG @DarlingManisDelight kalau nak tengok kek lain yang lawa-lawa.

https://instagram.com/darlingmanisdelight

InshaAllah sedap, berbaloi dan tak nyesal.

Kita support mak-mak yang berniaga dari rumah ni yer.

#superdaddy

Share

Blog  / Foods  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved