Bang, kita ni manusia, semua tak sama.
Untunglah mak kau chill sahaja beranakkan kau dan adik beradik kau. Aku ada tengok mak orang lain yang depress, yang meroyan sebab anak-anak ni. Nasib diorang tak baik sama macam mak kau.
Semua orang ada cabaran masing-masing dalam membesarkan anak-anak. Kau kalau hadap anak-anak 24jam sehari 7 hari seminggu dan 365 hari setahun, kalau takde sekelumit pun rasa stress memang kau power lah.
Aku lelaki yang gagah perkasa ni pun selalu stress, selalu depress sampai anxiety attack sampai masuk sepital bagai, punya stress sebab 24jam kerja aku urus anak-anak bersendirian.
Bukan senang weh urus anak-anak kecil. Kau buatlah sendiri semuanya 24 jam sehari selama 3 bulan cukuplah dan baru kau tahu langit tinggi rendah.
Di zaman media sosial ni, orang nak meluah. Biarlah dia.
Dia penat, dia stress maka dia luah. Kau kalau ada tips, kau bagi tips kat dia untuk dia tangani stress atau depress dia tu. Kalau kau tak boleh bantu kau doakan.
Kalau kau rasa meluat, kau tutup, tak payah tengok. Kau pergi tolong bini basuh berak anak atau lipat kain lebih bagus. Tapi bukan maki hamun dan doa buruk macam gitu.
Cuba orang cakap gitu kat bini kau. Kau rasa?
Hmmmm.
Budaya maki hamun orang Melayu Islam ni sangat kritikal. Dah macam takde agama.
Haishhh.