Dulu aku pernah guna lama jugak, tapi waktu tu belum ada anak. So dishwasher tu macam terbiar, jarang pakai sebab setakat pinggan 2 orang makan tu lagi pantas aku yang cuci sendiri. Cuma sesekali buat makan-makan maka banyaklah pinggan mangkuk nak kena cuci, maka dishwasher ni sangat membantu.
Berdasarkan pengalaman aku, kalau setakat seorang dua makan lepas tu kau masuk dishwasher untuk cuci, sangat tak berbaloi. Dari segi penggunaan elektrik dan juga air lah. Dan masa juga sebab kalau basuh sendiri lebih pantas dan cepat.
Aku dulu memang jarang guna lah, sebab nak kena clear dulu pinggan mangkuk dan bilas sikit then baru masuk dan susun. Kalau setakat 2-3 keping pinggan tak berbaloi nak tekan on, so biar dia duduk dalam tu 4-5 hari sampai penuh baru aku tekan on.
Tapi kalau setiap hari sekali makan tu 7-8 orang, memang kau wajib beli satu ni. Berbaloi-baloi.
Based on pengalaman aku guna dishwsher, antara ciri yang aku nak cari adalah kapasiti, susunan tray atau bakul basuhan dan juga bilah basuhan yang berpusing tu. Lagi satu tengok juga penggunaan air dan juga tahap kepanasan dia. cari yang jimat elektrik juga.
Dia guna pemanas tau, sebab dia panaskan air dan juga campur sabun dan dia akan sembur pada pinggan mangkuk kita tu. Dia takde tangan nak pergi gosok dan tonyoh setiap pinggan so memang bergantung harap pada air panas dan sabun untuk hilangkan kotoran dan minyak.
Benda kalau guna pemanas maka akan guna elektrik yang lebih. So cari model yang jimat letrik.
Lepas tu cari yang ada banyak ciri cucian. Boleh pilih nak basuh sekejap, basuh lama, jenis pinggan mangkuk dan sebagainya. Dishwasher sekarang ni ada pelbagai preset button untuk pelbagai jenis cucian.
Setelah research sikit, nampaknya Toshiba Dishwasher ni paling digemari rakyat Malaysia.
Harga pun not bad, function semua dah ada dan kira memadailah dan berbaloilah dengan harga dia. Ohh dia ada pula sterilizer. Lepas basuh semua dia siap sterilkan pinggan mangkuk tu. Bebas kumanlah kiranya.
Lepas tu dia jamin 99% takde bakteria dalam mesin tu sebab katanya ada anti-bakteria treatment dalam tu.
Dia ada juga dual-zone feature, di mana pembasuhan akan fokus pada tempat atau jenis dish yang kita masukkan. Cucian akan lebih fokus dan jimat air dan elektrik.
So, bagi yang mencari-cari dishwasher, Toshiba punya model DW-14F1(S)-MY dan DW-14F2(BS)-MY elok untuk korang.
Tapi kalau bajet kecik, boleh tengok brand lain yang tabletop punya. Lebih kecil lebih murah dan boleh letak atas tabletop. Tapi tulah, makan ruang kerja, lepas tu rasa ehh, kecik pula benda ni macam tak berbaloi.
Alang-alang beli terus yang besar. Pueh hati.
Dan bagi korang yang memang jenis susun pinggan dalam sinki biar menggunung baru basuh, memang wajib beli ni weh.