• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

DMWT Watch – Demi Waktu

31/08/2021

Korang tahu tak, jam ni secara asasnya pergerakan dia ada 3 jenis iaitu Quartz (pakai bateri), automatik (tenaga kinetik) dan mekanikal (pusingan manual). Sekarang ni banyak jam digital pula.

https://www.facebook.com/729777276/videos/427743358674697/

DMWT Watch macam dalam gambar dan video di bawah jenis automatik. So jam auto ni dia tak perlukan bateri, dia juga tak perlu nak pusing-pusing dial dia tu nak bagi jam hidup.

Jam auto ni dia hidup bila ada pergerakan. Bila kita pakai, kita berjalan, tangan kita bergerak tu maka tenaga kinetik dari pergerakan tadi dia akan hidupkan jam.

Material yang digunakan untuk jam DMWT ini adalah berkualiti tinggi, case dia stainless steel, strap dia genuine leather dan glass dia pula dari sapphire crystal, jenis kaca terbaik untuk jam tangan kerana ianya tahan lasak.

Kenapa perlu pilih jam DMWT dari Demi Waktu ini?

DMWT ni berusaha untuk mengurangkan inflasi jenama dan penambahan runcit jenama popular. Depa obses dengan jam tangan dan mengambil inisiatif untuk memotong orang tengah, supaya dapat tawarkan jam tangan automatik berkualiti pada harga berpatutan, separuh atau kurang daripada harga pesaing.

DMWT bagi waranti 24 bulan dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.

Ada bonus juga okeh:

Untuk pembeli terpantas, 1 Dinar emas 4.25 gram bernilai RM1,138 (harga semasa) menanti anda termasuk 3 lagi bonus utama lain yang menarik untuk dimiliki.

Ada pula cabutan bertuah Hari Merdeka. Hadiah berupa RM50 untuk mereka yang daftar waiting list, untuk 8 orang pemenang.

Cara-caranya nak menang?

Daftar waiting list di https://dmwt.watch dan tunggu pelancaran jualan jam DMWT ini pada 7 September mulai 8 hingga 12 malam (4 jam sahaja).

So, tandakan dalam kalendar, 7 September nanti yer.

#superdaddy

Share

Blog  / Gadgets  / Lifestyle

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved